02 January 2009

LAGI CERITA PELIK DI MELAKA: MASJID PULAU JEMAAH SELAMA SETAHUN

Surat Pemulauan dari Lembaga Masjid Tanjung Bidara Melaka

(Klik gambar untuk besarkan)

Dunia akhir zaman, macam-macam berlaku sejak kebelakangan ini. Negeri Melaka, negeri tumpah darahku ini tak habis-habis diselubungi dengan pelbagai cerita pelik dan sensasi.

Terbaru, seorang penduduk yang juga pekerja swasta Aris Sulaiman mendapat surat pemulauan selama setahun dari Lembaga Masjid Tanjung Bidara. Alasannya? Hanya kerana mengadakan majlis kurban di rumah semasa Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.

Menurut surat berkenaan, mereka sekeluarga di pulau selama setahun bermula 10 Zulhijah 1429-10 Zulhijah 1430.

Tindakan ini telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya masjid dalam dunia yang melakukan tindakan pemulauan kepada jemaahnya sendiri.Mungkin juga pertama kali dalam sejarah tamadun manusia. Apa salah buat kurban di rumah?Mana hukum pihak masjid pakai kalau nak buat kurban hanya kena buat di masjid? Nasib baik saya pun tak kena pulau sebab tahun lepas pun buat ibadah kurban di rumah mertua.

Inilah padahnya apabila memilih golongan jahil menguruskan masjid. Pihak kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kena bertanggungjawab dan ambil tindakan sebab perlantikan Ahli Lembaga Masjid adalah dilakukan oleh JAIM bukannya dilakukan oleh qariah di tempat berkenaan. Pengerusi Masjid dan ahlinya perlu mendapat 'restu' JKKK...siapa JKKK??? Fikirkalah sendiri....

Sebelum ini, isu perlantikan jawatankuasa Masjid oleh Jaim sering mendapat bantahan dan rungutan penduduk kerana mereka yang dilantik tidak menepati kreteria yang disenangi penduduk. Malah ada pengerusi masjid yang jarang-jarang sekali menjenguk ke Masjid untuk solat berjemaah hanya nampak batang hidung masa sembahyang Jumaat.Tetapi bila JKKK berkeras nak melantik 'orangnya'...penduduk tidak ada pilihan terpaksa akur.

Aapa yang berlaku di Masjid Tanjung Bidara bukan sahaja mengejutkan tetapi menimbulkan kepelikan hairan bin ajaib!

3 comments:

Anonymous said...

ni aku sokong kau punya maklumat. ni aku pun heran ape ahli lembaga ni tak ade akal ape. tapi aku rase ambil maklumat jangan dari sebelah pihak sahaja. double standard.

Anonymous said...

Sepatutnya dalam hal ini, pihak masjid harus berhati-hati sebelum membuat sebarang tindakan kerana sekali tindakan sebegini diambil maka ia akan memburukkan nama institusi masjid sedangkan kita tahu institusi masjid adalah mulia kerana masjid adalah rumah Allah. Jadi janganlah kita cemarai institusi masjid dengan tindakan-tindakan yang kurang wajar sebegini... Tak malukah kita dengan orang bukan Islam? Mereka pasti mentertawakan kita atas ketelanjuran ini... Kita harus menjaga nama baik institusi masjid...

Anonymous said...

Sebagai orang Islam kita harus memartabatkan masjid sebagai tempat ibadah yang mulia dan yang paling penting ia adalah rumah Allah. Ia adalah tempat penyatuan umat Islam tak kira bangsa, taraf kedudukan dan fahaman politik. Tindakan 'memulaukan' ahli qariah yang membuat korban di rumah, sepatutnya tidak harus berlaku. Walau bagaimanapun, ahli qariah tersebut sepatutnya mengutamakan masjid kerana jika dilakukan di masjid ia lebih afdal dan berganda pahalanya. Bagi saya, dua-dua pihak bersalah. Ahli qariah tersebut sepatutnya memberitahu pihak masjid lebih awal berhubung perkara itu supaya pihak masjid tidak mengambil tindakan demikian...