04 December 2008

PATUTLAH MAKSIAT KAT MELAKA MENINGKAT SETIAP TAHUN

Sedang saya duduk lepak-lepak dengan komputer buruk di lobi sebuah hotel untuk akses internet percuma sambil tunggu anak habis tuesyen saya dapat panggilan telefon dari jiran di taman perumahan saya mengadu masalah. Maklum le orang penting kat taman katakan...ceh..

Katanya nak buat macam mana sekarang, kat sebuah rumah di taman saya ada penduduk mengadu ada seorang yang bekerja sebagai GRO bawa balik jantan tidur kat rumah. Saya kata saya kat luar, kejap lagi saya ada kuliah dengan pelajar sampai tengahari.

Jiran saya kata tak tahu kat mana lagi nak mengadu untuk ambil tindakan. Telefon pengerusi taman, pengerusi taman kata tak ada kuasa. Telefon JKKK, JKKK sibuk dengan tugas luar. Nak telefon tok imam, imam tak ada kat rumah. Paling sedap bila telefon pejabat Majlis Agama Islam Melaka ( MAIM ), MAIM kata hari ini tak ada operasi! Tunggu ada operasi baru boleh bertindak.

Maknanya buatlah maksiat sesuka hati siang atau malam, pagi atau petang, berkubanglah sepuas hati buat maksiat kat Melaka, MAIM tak akan bertindak sebab tak ada operasi. Patutlah kadar jenayah syariah dan kes anak luar nikah meningkat sekali ganda di Melaka( lihat posting saya sebelum ini ). Pihak penguatkuasaan bersikap sambil lewa. Siapa lagi nak diharap kalau orang jabatan agama tak nak bertindak?

Jika beginilah keadaannya, saya yakin kadar jenayah syariah dan kes buang anak serta anak luar nikah akan terus meningkat pada tahun depan. Kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam tolong peka sedikit masalah ini jangan asyik sibuk dan terhegeh-hegeh serta gegak gempita nak bagi gelaran Datuk pada Shah Rukh Khan aje..

P/S: bila balik saya sempat tanya jiran saya semula macam mana kesudahannya. Jiran saya kata tunggu masa Maim buat operasi je lah baru kita report...3.35 pm

4 comments:

Anonymous said...

Jika benarlah begini sikap MAIM, memang tak mustahil maksiat makin berleluasa. Kes buang anak semakin meningkat. Rupanya begini kelaku MAIM sebagai badan yang bertanggungjawab melaksanakan tugas untuk membanteras gejala sosial dan maksiat. Kenapa perlu ada 'musim' untuk buat operasi? Kenapa tidak boleh buat tindakan segera bila mendapat laporan? Jangn malukan nama badan yang bertanggungjawab. Tugas harus dilaksanakan tanpa mengira waktu kerana maksiat tidak boleh di'delay'kan supaya tangkapan boleh dibuat...

bungaraya said...

Saya memperingatkan anda bahawa Presiden Linchon pernah berkata....."jangan tanya apa negara boleh lakukan untuk anda, tapi tanyalah apa yang anda boleh buat untuk negara anda"...
Ujudkan satu Badan bertindak yang anda sendiri menjadi Ketua dan kawan-kawan anda menjadi ahjijawatankuasanya. Tangkaplah mereka dan serahkan kepada pihak berwajib.
Kenapa?...jangan nanti makan pun kerajaan suapkan. Minda subsidi ada baik dan ada juga buruknya.

Fauzi said...

salam
boleh ke kita buat macam cadangan bunga raya tu? Klu ikut logik mmg la boleh.. Tapi nanti kalau kita terjah macam tu je.. Lagi la banyak implikasinya kot..
Biasanya kena ada polis kalau kita tangkap orang dan sebagainya..
Mungkin sbb tu la pihak berkuasa agama ni buat operasi mengikut schedule.
Cuma pihak JKK/Pengerusi Taman & AJKnya kena nasihat / teguran dulu kat mereka yang buat onar ni..

Jalan Angkasa Nuri 10.

neo said...

nak banteras maksiat/jenayah ni jgn harap 1 pihak je..sama2 kena buat..lagi 1 jangan ada babitkan unsur2 politik..x de maknanya tunjuk sana tunjuk sini..masing2 ada kelebihan & kekurangan..baik jadikan tauladan..buruk jadikan sempadan..lagi 1 jgn le bagi alasan2 yang x logik sebab nak shoot pihak lain mcm imam x ada lah..(1 kampung bukan ada 1 imam je..ada imam 2,bilal2,ajk2..)