16 December 2008

PETUA UNTUK PENGUNDI DI KUALA TERANGGANU DAN SELURUH MALAYSIA

17 Januari ini menjadi medan penentu persaingan di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pelbagai teori dan analisis dibuat tentang siapa calon bakal bertanding serta siapa yang bakal menang dan tumbang di Kuala Terangganu.

Di sini ada sedikit petua untuk semua pengundi di Kuala Terangganu dan juga pengundi di tempat lain di negara ini.Petua ini mungkin sesuai lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi sekarang.

Pilihlah pemimpin atau calon yang umurnya lanjut. Lagi baik kalau selalu sakit-sakit atau ada penyakit kritikal. Sacara logik dan kebiasaannya mereka yang berusia dan ada penyakit kronik, umurnya tak panjang. Namun, urusan ajal maut hanya kepada Allah SWT.

Bila wakil rakyat umur tak panjang, maka merasalah akan diadakan pilihanraya kecil. Bila ada pilihanraya kecil banyaklah habuan, bantuan atau apa sahaja sumbangan yang anda perlukan. Projek semakin banyak, pembangunan semakin pesat.Masa inilah kita akan melihat betapa prihatinnya pemimpin kerajaan yang ada sekarang. Bercakap lembut gigi dari lidah. Lihat hari ini betapa beruntungnya rakyat Terangganu, nak apa semua dapat....

Moralnya, doa-doalah wakil rakyat yang ada sekarang agar umurnya pendek. Terutama pemimpin yang sentiasa menzalimi rakyat, terlibat dengan rasuah dan skandal serta tidak melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya...Kepingin benar rasanya untuk menyaksikan agar ada pilihanraya kecil kat kawasan saya ni...

1 comment:

Unknown said...

rasanya kita tak boleh mintak doa untuk orang lain umurnya pendek.bukan kita yang menentukan ajal maut.yang kita boleh doakan ialah orang itu menerima balasan yang setimpal (tak semestinya kematian).