24 December 2008

UMNO SEMAKIN MEREPUT : PAS TIDAK BOLEH LEKA...


Sudah pasti ramai yang masih dalam Umno tidak setuju dengan artikel ini. Tetapi hakikatnya itulah yang sedang berlaku dalam Umno sekarang. Politik wang, pergaduhan dan percakaran sesama sendiri seperti sudah sebati dalam Umno. Apa yang berlaku sudah terlalu kronik, seperti pesakit kanser Tahap 4. Apa kata doktor? Anda hanya ada peluang hidup.....je lagi.Hanya penawar dan tonik yang luar biasa sahaja yang mampu menyelamatkan Umno. Adakah Najib memiliki tonik tersebut? Atau tonik tersebut ada pada Mukhriz, Shahrizat, Muhyiddin atau Khairy? Sama-samalah kita tunggu kesudahnnya nanti.

Dalam pilihanraya umum atau kecil sebelum ini, berita tentang pemimpin pembangkang dan ahli serta penyokong menyertai BN dan Umno begitu gegak gempita dicanang dan digembar gemburkan oleh media milik BN. Seolah-olah berita kemasukan dalam Umno ketika itu, Pas khususnya bakal hanya tinggal Mursyidul Am dan Presiden je, yang lain habis masuk Umno!

Hari ini apa yang berlaku? Mana berita orang Pas atau PKR dan DAP menyertai BN dan Umno? Kenyataan Setiausaha Agung Umno, bahawa Umno sedang memproses 'beratus ribu' keahlian baru tidak lebih hanya lawak menjelang tahun baru. Hari ini, kalau di tempat saya nak mengaku ahli Umno pun tersipu malu-malu.

Kemasukan bekas ketua Umno Petaling Jaya Selatan,Kapten (B) Zahar Hashim bersama 28 ketua cawangan dan 13 ajk bahagian menjadi bukti nyata bahawa Umno semakin terpinggir hari ini. Saya yakin ramai lagi hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengistiharkan diri keluar dari Umno seperti yang pernah dinyatakan oleh Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang sebelum ini yang mengesahkan memang telah terdapat wakil rakyat BN yang telah menyertai Pakatan Rakyat!Cuma masa dan keadaan sahaja yang tidak mengizinkan mereka mengistiharkan secara terbuka.

Apa-apa pun ini tidak bermakna Pas akan mendapat laluan mudah dan selesa di Pilihanraya Kecil Kuala Terangganu. Kelekaan jentera Pas dan Pakatan Rakyat akan membawa padah! Kegagalan dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Pendang tidak lama dahulu perlu diajadikan pengajaran. Pada ketika itu Pas begitu yakin menang selesa, tetapi apa yang berlaku kesudahannya? Akhirnya Pas tewas di kubu kuatnya sendiri!

Di pihak kepimpinan Pas khususnya kena mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk terus memertabatkan perjuangan Pas. Semoga selepas ini tidak ada lagi tindakan atau kenyataan yang membuka ruang kepada musuh yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang dan memburuk-burukkan Pas.

Kereputan yang sedang melanda Umno hari ini sepatutnya dijadikan momentum dan semangat kepada jentera Pas di semua peringkat untuk memastikan imej dan mesej perjuangan Pas dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa.

3 comments:

Anonymous said...

Mana dapat berita ni? Takde pun dengar berita ramai ahli PAS yang nak sertai UMNO? Kalau ada pun, UMNO bukan jenis suka kecoh-kecoh macam PAS dan PKR... Belum apa-apa dah canang satu dunia...

Unknown said...

biasalah ni ada yang tukar parti.no big deal.dalam paper utusan bgtau pembangkang masuk BN dan dalam Harakah pula bagitau BN masuk pembangkang.it's the same thing.lainlah kalau yang bertukar parti tu memang sampai berduyun-duyun dan melibatkan terlalu ramai ahli parlimen.macam tu barulah boleh heboh.

Anonymous said...

Takda maknanya nak mereput. Orang yang tak suka akan mencanang cerita macam ni lah. MAsalah memang ada, tapi takda masalah yang tak boleh diselesaikan. Pakatan tu yang mereput, cuba tengok macam mana sekarang? Asyik bercakar je, sampai nak main langkah2 mayat.