12 January 2009
CALON BN TAK ADA PARAS RUPA?
SENYUMAN SIAPA PALING MENAWAN????
Naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata pada pengundi di Kuala Terangganu agar tidak memilih paras rupa sebaliknya pilihlah pemimpin berdasarkan prestasi dan kebolehan.
Kenyataan ini merujuk apabila wujud cakap-cakap calon BN Wan Ahmad Farid jarang tersenyum.
Lucu juga bila saya memetik kata-kata Muhyiddin ni kerana macam dah kering modal dalam kempen pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. Secara tak langsung Muhyiddin mengakui bahawa Wan Ahmad Farid seorang yang serius dan tidak mesra. Betul tak ?
Kepada pengundi di Kuala Terangganu anda fikir apa lagi? Calon pilihanraya kecil ni ibarat macam pengantin, kalau masa bersanding pun tak reti nak senyum agak-agak macam mana nanti ye?
Kita tidak boleh menilai seseorang itu 100% berdasarkan luarannya. Tetapi dari segi psikologinya perwatakan dalaman seseorang terserlah dari penampilan luarannya. Ini termasuklah cara bercakap, berjalan, cara makan, cara duduk, warna pakaian yang diplih dan cara senyum? Semuanya menggambarkan diri seseorang itu.
Seseorang boleh menipu atau dengan menyembunyikan diri atau identiti atau sifat dalaman diri. Tetapi sampai bila? lambat laun lakonan seseorang akan terserlah.
Dalam tempoh yang ada ini masih belum terlewat kalau Umno dan BN buat kursus bagaimana cara senyum yang betul kepada Wan Farid!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Siapa yang dah kering modal, Muhyiddin ke saudara angkasanuri? Rasanya saudara yang dah kering modal. Paras rupa pulak yang nak dijadikan isu..
SAMEON...SAMEON
BUKAN SAYA YANG CAKAP ISU TU, MUHYIDDIN YANG CAKAP. ORANG SENEGERI DENGAN ANDA!
Post a Comment