Menurut berita dari Harakah Daily, kini telah ada 12 ribu polis yang bertugas di Kuala Terangganu. Mungkin jumlah polis di Kuala Terangganu telah memecah rekod dunia bilangan polis paling ramai yang mengawal keselamatan dalam mana-mana bahagian pilihanraya di dunia.
Jika ikut nisbah maka 1:6, bermaksud seorang polis mengawal 6 orang pengundi di Kuala Terangganu. Sayap tentera Hamas, Briged Al Qassam yang sedang mempertahankan bumi Gaza dari serangan tentera Israel laknutullah hanya baru sekitar 10 ribu orang je!
Apa motif polis dihantar sebegitu ramai di Kuala Terangganu? MenuruT rakan-rakan di sana keadaan kempen pilihanraya di Kuala Terangganu tidak sehangat seperti di Permatang Pauh.
Adakah ini untuk memastikan mereka dari 'kubur' dapat mengundi dengan aman sentosa tanpa halangan pada hari pengundiaan nanti?
Dalam keadaan negara berdepan dengan kadar jenayah yang semakin meningkat dan membimbangkan tenaga anggota keselamatan terpaksa mengikut telunjuk pihak tertentu dengan berkampung di Kuala Terangganu adalah sesuatu yang amat dikesali. Tetapi saya yakin masih ramai lagi polis yang rasional dan bersedia menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab dan saksama.
12 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Setakat berita-berita penyedap cerita atau yang ditambah 'ajinomoto' macam ni, biasa sangat kita dengar menjelang pilihanraya. Semuanya bermotif nak memburukkan pihak lawan. Cukuplah. Hentikan memfitnah. Berita dari Harakah pun belum tentu sahihnya. Kalau pun ada 12000 polis sekalipun, biarlah. Ia untuk menjamin keselamatan penduduk di sana untuk keluar mengundi...
Sameon,
anda betul-betul ketinggalan maklumat. Menteri Dalam Negeri Dato Hamid Albar minggu lepas sendiri mengesahkan bahawa seramai 6000 polis bertugas di Kuala Terangganu. Apakah Kuala Terangganu nak diserang seperti di Gaza sampai polis begitu ramai. Tak logik langsung!
syed hamid cuma kata 6 ribu aje, harakah kate 12 ribu. mane satu yang betul? bermaklumatkah anda?
Untuk makluman saudara, itu kenyataan bulan lepas yang dimaksudkan oleh Harakah ialah tambahan anggota yang terbaru!
sila rujuk posting sahabat saya di http://pemudabesut.blogspot.com untuk maklumat lanjut
Post a Comment