13 January 2009

KENAPA NAJIB BIMBANG PAS MENANG DI KUALA TERANGGANU?

Dalam satu majlis ceramah malam tadi Najib mengingatkan pengundi agar memilih calon BN untuk menutup segala peluang Pas untuk memerintah Malaysia.

Tanpa disedari akhirnya Najib mengakui Pas memiliki potensi dalam arena politik dalam negara ini. Tidak mustahil Pas mampu memerintah Malaysia secara bersendirian atau melalui pemuafakatan dalam Pakatan Rakyat.

Apa Pasal Najib risau sangat kalau BN tewas di Kuala Terangganu? Mungkin ramai yang telah terlupa, perbicaraan kes Altantuya akan bersambung Isnin depan. Peringkat pembelaan yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak.

Kedua-dua tertuduh dijangka akan bermati-matian mempertahankan diri dari hukuman mati dengan mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya. Apa motif dan arahan daripada siapa? Sehingga hari ini tidak ada sebarang motif pembunuhan dibacakan kepada tertuduh oleh pendakwaraya dalam perbicaraan lepas. Sama ada dendam, cemburu atau rompakan? Kalau tidak ada motif tuduhan kena dipinda kepada membunuh secara tidak sengaja atau membunuh tanpa niat yang hukumannya tidak lebih dari 10 tahun penjara.

Tetapi hairan pulak, kalau tak ada motif apa perlu diletupkan sampai berkecai-kecai? Apa perlu guna bom C4? Apa pasal polis tindakan khas unit komondo elit polis tak pasal-pasal bunuh dan letup orang tanpa sebab? Apa perlu P Balasumbramaniam penyiasat persendirian menghilangkan diri? Apa punca sehingga rekod imigresen Altantuya di negara ini yang dikawal oleh sistem keselamatan elektonik yang canggih dan sofistikated boleh ghaib begitu sahaja?

Sehingga hari ini, Najib belum lagi secara rasmi jadi presiden Umno dan juga perdana menteri. Hanya baru atas kertas! Macam -macam boleh berlaku.

Dalam erti kata lain walaupun poster gambar Najib jauh lebih banyak berkali ganda berbanding dengan poster Pak Lah di Kuala Terangganu, Pak Lah masih tetap lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia dan juga presiden Umno.

Jadi apa sebenarnya yang cukup dibimbangi Najib dalam pilihanraya ini? Hilang kerusi parlimen kepada Pas atau hilang pengaruh dan kuasa? Senario yang berlaku hari ini dalam pilihanraya di Kuala Terangganu dengan Najib dan kuncu-kuncunya berkampung siang malam memungkinkan kita ada jawapannya.

6 comments:

Anonymous said...

kenape saudare dalam gaye tulisan anda banyak menghentam najib dan UMNO? kenape kah saudara tidak bongkarkan kes liwat anuar dan segala kepincanganya ketika bersama UMNO? cuba saudara kaji sendiri ape yang pernah anuar lakukan sehingga mengguris hati orang PAS?

angkasanuri said...

kes liwat Anwar????????????????

saudara, seluruh dunia dah tahu!Apa-apa kita tunggu perbicaraannya nanti. Najib, bila pulak mahkamah di Malaysia ini mendakwa Najib?

Anonymous said...

Orang macam angkasanuri yang selalu menghentam UMNO atau senang kata pembangkang tegar ni memang tak kan putus-putus mengutuk UMNO dan kerajaan sampai dia mati. Pembangkang tegar memang dah ditanam dalam jiwa untuk menolak UMNO. Diorang terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim kesayangan mereka...

angkasanuri said...

Kepada sameon, saya merupakan orang yang pertama sekali isi borang ahli Umno jika umno menerima Islam sebagai dasarnya....Jika Umno tidak menerima Islam sebagai dasarnya terutama dalam aspek pelembagaan,Umno bukan sahaja akan ditentang sampai mati tetapi Umno akan ditentang sampai hari Kiamat. Saya mungkin dah kaya raya sekarang jika saya duduk dalam Umno. Sebabnya? anda ada jawapannya.Taksub dengan Anwar Ibrahim? Tolong sikit....idola saya sehingga kini ialah gaya kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Nor.

Anonymous said...

PAS pun pastinya kalau boleh tahu mahu UMNO memerintah.kalau kenapa PAS bertanding dalam pilihanraya,betul tak?. :).

Unknown said...

mestila Najib akan cuba sedap upaya dia untuk BN menang sebab dia orang BN.bukannya orang PR.Anwar pula mestilah mahu wakil PR menang sbb dia orang PR.dah memang obvious begitu.nama lagi berkempen mestilah Najib mintak orang ramai untuk sokong parti yang dia bakal terajui.aduhai.perkara yang obvious pun mahu di suluh lagi ka?