13 January 2009

PAK LAH KECEWA LAGI DENGAN MUHYIDDIN

Rasanya tidak keterlaluan jika saya mengucapkan syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana menghentikan semua rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika sebagai tanda kekesalan tindakan Amerika yang membisu dan merestui tindakan menzalimi rakyat Palestin di Gaza.

Tindakan ini selaras dengan gesaan daripada ramai umat Islam yang mendesak agar menghentikan semua bentuk urusan dan memboikot produk Yahudi dan sekutu rapatnya,Amerika.

Tetapi tindakan Muhyiddin ini dilihat kurang disenangi oleh Pak Lah kerana Muhyiddin seperti tunjuk pandai dan bertindak sendirian tanpa merujuk kepada Pak Lah dan diputuskan dalam mesyuarat kabinet dalam tindakan yang diambil.

Perdana Menteri berkata Muhyiddin perlu memaklumkan berhubung tindakan itu serta implikasinya kepada Kabinet secara rasmi.

“"Tan Sri Muhyiddin mesti maklum kepada Kabinet dan apakah implikasi dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua Pak Lah meluahkan rasa terkilan dan kurang senang kepada Muhyiddin. Sebelum ini Pak Lah dilihat begitu kecewa dengan Muhyiddin yang secara terbuka mendesak Pak Lah mempercepatkan pelan peralihan kuasa.

Apakah luahan rasa kecewa Pak Lah kali kedua kepada Muhyiddin yang sebelum ini dilihat sebagai sekutu rapatnya dalam Umno akan membuka ruang kepada dua lagi calon timbalan presiden untuk mengajar Muhyiddin?

Penganalisis politik sebelum ini berpendapat sokongan kem Pak Lah kepada Ali Rustam dan Md. Taib telah membantu kedua-dua calon berkenaan dapat melepasi kuota pencalonan dengan begitu bergaya pada saat-saat akhir.

Adakah ini juga memberi isyarat bahawa akan berlaku kejutan dalam pemilihan Umno Mac depan? Sama-sama kita tunggu.

2 comments:

Sameon said...

Memang sepatutnya Muhyiddin bertahu Pak Lah dahulu sebelum menamatkan rundingan tersebut. Beliau kena ingat, Pak Lah masih ada kuasa sebagai PM. Apa-apa keputusan harus diberitahu kepada PM. Pak Lah minta penjelasan daripada Muhyiddin bukan kerana tak setuju dengan tindakan Muhyidin tapi Muhyiddin sepatutnya beritahu...

##### said...

sebab apa Muhyiddin buat begitu?sebabnya Muhyiddin orang Mahathir dan bukkannya orang Pak Lah.kalau ekonomi kita down maka orang akan kata ini ada adalah salah Pak Lah sebab tak dapat urus kewangan negera dengan bagus.orang Malaysia mungkinlah tahu apa yang jadi di Malaysia tetapi orang luar cuma akan tahu "tip of the iceberg" akan isu ini.

kalau Pak Lah berjaya diburukkan jadi siapa yang akan gembira?sudah tentulah Dr.M dan konco-konconya.