07 January 2009

EHEM....HARGA MINYAK NAIK LEPAS PILIHANRAYA KUALA TERANGGANU?


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KDNHEP) Datuk Shahril Samad memberi jaminan bahawa harga minyak tidak naik sehingga penghujung Januari ini.

Maknanya pada 1 Febuari minyak boleh naik dan boleh juga tidak naik!Apa pasal tak naikkan minyak sekarang? Jawapannya mudah je, semuanya kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu.

Harga minyak dunia akhir-akhir ini meningkat disebabkan faktor kebimbangan kekurangan bekalan akibat tindakan rejim zionis di Palestin.

Apa-apapun dijangka kadar kenaikan hanya sekitar 10 sen tidak seperti kenaikan terlampau pada Mac tahun lepas. Namun nilai kenaikan 10 sen setiap liter akan memberi kesan langsung kepada kenaikan harga barang.

Ini pun satu hal juga peniaga di Malaysia, bila minyak naik cepat aje naikkan harga barang tapi bila minyak turun harga barang tak pulak turun, malah terus naik dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka.

Sampai bila perkara ini nak terus berlaku, pihak KDNHEP dan yang sewaktu dengannya buatlah sesuatu langkah perlu untuk mengatasi masalah ini. Jika tak mampu nak selesaikan masalah bagilah orang lain jawatan tu.

Kepada pengundi di Terangganu inilah masanya anda memberi isyarat kepada kerajaan agar tidak bertindak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak tanpa kajian dan pertimbangan yang mendalam.

2 comments:

Unknown said...

baca didisini untuk mengetahui kenapa mungkin harga minyak akan naik semula.

Anonymous said...

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh memberi jaminan bahawa harga minyak tidak akan naik dalam tempoh yang lama kerana ia masih bergantung pada harga semasa minyak dunia... Walau bagaimana pun, diharap harga minyak dunia tidak akan naik mendadak.