06 January 2009

PETANDA KEMENANGAN


Bermula dari pemilihan calon sehinggalah perjalanan proses penamaan calon pada hari ini memberi isyarat bahawa kelebihan memihak kepada calon Pas, YB Hj. Abdul Wahid Endot. Calon yang mempunyai rekod bersih dan boleh diterima oleh semua pihak serta diberitakan lebih 40 ribu mengiringi calon Pas dalam proses penamaan calon pada hari ini.

Umno sejak awal-awal lagi mengakui bahawa peluang kedua-dua pihak dalam pilihanraya kecil ini agak seimbang. Malah Ketua Penerangannya Tan Sri Muhd. Md. Taib, mengakui bahawa calon BN (Umno) bukan pilihan.

Tun Dr. Mahathir pula menyifatkan calon yang dipilih oleh Umno dalam pilihanraya kecil ini adalah yang paling 'buruk'.

Sama ada Umno ada strategi permainan psikologi dengan agak merendah diri tidak dapat dipastikan. Apa-apa pun adalah diharapkan Pas tidak terperangkap dengan sebarang taktik dan perang psikologi yang dilakukan oleh Umno. Gerak kerja tersusun dan berterusan perlu dilakukan. Setiap pengundi dari setiap jalan dan lorong serta pelusuk kampung perlu ditemui untuk menjelaskan visi dan misi Pas. Walaupun ada pengundi yang adalah 'umno totok' mereka perlu didekati, paling tidak pun dalam mesej menyampaikan dakwah.

Walau bagaimanapun saya cukup yakin Pas hari ini cukup matang berpolitik sesuai dengan usianya lebih setengah abad menelusuri perjuangan dakwah dan melalui pelbagai asam garam pilihanraya.

3 comments:

azlan said...

kalau dilihat dari gambar di sini rasanya tidaklah sampai 40ribu orang yang hadir.kalau dalam 4 ribu atau 400 tu mungkin adalah.kalau 40,00 memang lagi sesak yang amat jalan kat situ.

adakah ini salah satu dari taktik pilihanraya?

angkasanuri said...

Terima kasih saudara Azlan,maklumat tu saya perolehi dari rakan dan beberapa sumber berita. saya pun tak ada di sana untuk mengesahkannya. Tetapi biasanya setiap kali laporan dalam berita TV dan akhbar biasanya calon yang mengiringi BN lebi ramai...termasuk POLIS dan bayang-bayang pun mereka kira sendiri.

muadzam said...

ramai ke sikit ke,tak penting...yang penting perjuangan tu dr segi ape..kalau dr segi nak melawan perjuangan islam,baik x payah la,nauzubillah...tapi kalau ramai dlm memperjuangkan islam..alhamdulillah...kalau media seperti tv3 yang ibarat lidah setan tu takkan mengeluarkan fakta yg penyokong islam lebih ramai dari penyokong umno laknatullah..kan dah biasa...mcm x biasa je