26 January 2009

GILIRAN ARIF SHAH OMAR PULA SERTAI PKR?


Dato Seri Najib, TPM menafikan akan berlaku lagi wakil rakyat BN yang akan melompat ke PKR atau mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

Kemasukan Datuk Nashrudin Hashim Adun Bota ke PKR disifatkan oleh Najib sebagai sesuatu yang tidak diduga. Kalau tak diduga ringkas kata tak pernah terfikir langsung akan berlaku. Jika yang tak terduga dan terfikir sudah pun berlaku bagaimana pula sesuatu yang telah diduga?

Khabar dari Utara melaporkan bahawa Adun Bayan Baru, Datuk Arif Shah Omar sedang mempertimbangkan secara serius dengan tawaran yang dikemukan oleh PKR. Semalam dalam satu wawancara beliau menyatakan kekesalan yang amat sangat apabila dipencilkan oleh Umno Permatang Pauh walaupun telah 20 tahun berkhidmat di bahagian berkenaan.

Jika ini berlaku, BN bukan sekadar seperti sudah jatuh ditimpa tangga tetapi turut dihempap pasu bunga! Saya tetap optimis dan yakin banyak lagi berita yang tidak diduga akan diterima oleh Umno menjelang perhimpunan agung mereka Mac ini.

2 comments:

Anonymous said...

arif shah-adun seberang jaya dan bukan bayan baru...

fadzli rompin...

angkasanuri said...

Terima kasih sahabat, tahniah kerana selalu update blog. Bila nak makan nasi minyak?