26 January 2009

TAJOL ROSLI KENA BUKTIKAN PKR MERASUAH ADUN BOTA!

Dalam sidang akhbar malam tadi di kediaman Tan Sri Tajol Rosli Ghazali , beliau mendakwa bahawa adun Bota telah dirasuah oleh PKR. Saya kira tuduhan yang perlu beliau laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seberapa segera. Jika tiada laporan dan bukti dikemukakan, Tajol Rosli bermakna telah melemparkan fitnah dan membuat tuduhan jahat tanpa bukti. Beliau kena kemukan bukti bila dan berapa jumlah sogokan yang diterima oleh Adun Bota itu.

Jika tidak Tajol Rosli hanya pandai baling batu sembunyi tangan dan tidak layak menjadi ketua pembangkang di Perak. Ini akan menyebabkan imej BN khususnya Umno akan semakin buruk di mata masyarakat. Sebelum ini beliau begitu angkuh dan sombong bahawa kerajaan PR Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos tahun lepas. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Beliau terpaksa menelan kembali kata-kata yang pernah dilontarkan. Dijangkakan kemasukan Nasarudin ke dalam PKR akan merintis jalan penghijrahan lebih ramai adun dan ahli parlimen BN ke dalam PR.Jadi tidak hairanlah kenapa Najib cukup bimbang dengan perkembangan terkini yang berlaku.

2 comments:

Anonymous said...

tajol rosli tak leh wat camtu.dia kena sediakan bukti yang cukup.kalau setakat tuduh saja mana boleh.tak adillah macam tu.

tapi orang PR pun satu.orang PR pun ada yang suka tuduh orang BN yang bukan-bukan tanpa ada bukti kukuh.

jadi pengajarannya disini ialah what goes around,comes around.

Unknown said...

pemimpin PR pun kena buat benda yang sama jugak.kalau mahu menuduh pemimpin UMNO/BN atas tuduhan rasuah atau apa jua kesalahan sekalipun kena ada bukti yang kukuh dan konkrit.tak boleh hanya setakat pakai air liur mulut sahaja.