Israel akhirnya terpaksa melakukan gencatan sementara waktu di bumi Gaza Palestin. Mereka pastinya tak mahu mengaku kalah tetapi hakikatnya itulah yang berlaku.
Kesungguhan dan ketabahan pejuang Hamas Palestin mempertahankan tanah air mereka mula menggerunkan pengganas Yahudi yang sombong dan angkuh. Mereka fikir dengan teknologi senjata mereka yang canggih mereka dapat menewaskan kekentalan dan semangat jihad pejuang Palestin walaupun dengan serba serbi kekurangan dan dikepung dari segenap penjuru.
Ternyata doa, sokongan dan bantuan daripada umat Islam seluruh dunia telah menguatkan keazaman pejuang Palestin.
Semoga kita semua terus dan tidak henti berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di Palestin agar yahudi rejim zionis akan mendapat pembalasan yang setimpal dari Allah SWT.
Dalam masa yang sama Boikot barangan Amerika perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan. Pengganas yahudi perlu diajar dan dilenyapkan agar tidak sewenag-wenangnyan memperlekehkan umat Islam di seluruh dunia
19 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alhamdulillah... Ini adalah tanda-tanda awal kekalahan israel kepada Islam... Mungkin mereka tidak akan mengaku kalah kerana dah memang sikap mereka yang cukup degil dan berkeras menentang Islam. Yang penting sekarang ni teruskan keyakinan kita kepada Allah SWT tempat kita memohon, jangan berhenti dari berdoa kepadaNya. Insya Allah Islam akan bangkit dan israel akan melutut di kaki umat Islam di Gaza khususnya...
Post a Comment