16 January 2009

KEPALA BABI DITEMUI DI DALAM SURAU AKADEMI ISLAM UM


Ingatkan isu babi hanya melibatkan isu orang kampung seperti berlaku dalam dua kejadian di Masjid Tanah dan terbaru di Pokok Mangga Melaka je rupa-rupanya kat universiti pun ada juga golongan yang tak cerdik.

Hari ini UM, IPTA terulung negara gempar dengan kepala babi yang diletakkan di dalam surau Akademi Pengajian Islam UM. Satu perbuatan yang saya anggap lebih teruk daripada Yahudi laknatullah. Sesiapa pun yang terlibat pasti akan menerima azab yang dashyat di akhirat nanti jika tidak bertaubat kepada Allah SWT.

Mereka yang kurang ajar dan biadab ini sengaja hendak mencetuskan kemarahan umat Islam. Motifnya tidak diketahui tetapi ia pasti berkait rapat dengan pilihanraya kampus yang sedang berlangsung sekarang.

Apa yang dikesalkan budaya samseng dan kurang ajar bukan sahaja berlaku seperti dalam pilihanraya KT sahaja tetapi turut melanda golongan intelek yang masih tidak cerdik.

Golongan ini bukan sahaja akan melingkupkan negara pada masa akan datang tetapi bakal menjadi penjenayah profesional(BAHLUL)!

Apa-apapun saya mengharapkan semua pihak bertenang dan tidak terikut-ikut provokasi yang cuba dicetuskan. Ingatlah mereka yang menghina agama Allah dan mencemari kesucian rumah ibadah tidak akan terlepas dari menerima pembalasan sama ada di dunia dan di akhirat nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Orang yang meletakkan kepala babi kat dalam surau itu pasti perangainya juga sama macam binatang itu. Sanggup menghina dan mencemuh tempat mulia untuk beribadat... Yakinlah, orang itu pasti akan menerima azab yang pedih di dunia dan Akhirat. Tunggu jelah waktu dan ketikanya nanti... Apa kata jika seluruh warga UM dan umat Islam buat solat Hajat memohon agar diberi petunjuk siapa orang yang melakukan kebangsatan tersebut...