16 January 2009

BILA POLIS TERLALU RAMAI DI KT, APA JADI DI MELAKA?



Dalam perjalanan menghantar isteri pagi ni, lampu isyarat di persimpangan masjid Al Adzhim rosak. Kereta bersimpang siur dan masing-masing tak boleh bergerak. Semua nak cepat pergi kerja dan hantar anak sekolah.

Saya mencari-cari mana perginya polis trafik yang bertugas. Tak ada! Baru saya teringat polis dari Melaka ramai dah dihantar bertugas ke KT sebelum penamaan calon lagi. Di antaranya jiran dan seorang sepupu saya dari cawangan trafik IPK Melaka dan Melaka Tengah.

Sampai kat persimpangan menghala ke Lorong Durian Daun pun sama, biasa ada polis trafik bertugas hari ini tak ada!

Patutlah kawan saya kata kat KT polis ada setiap simpang dan lampu isyarat, menjaga lalu lintas dan keselamatan kat sana!

4 comments:

Anonymous said...

salam cuba tengok dari aspek positifnya. polis ramai di KT, bermakna rezeki peniaga makanan di KT melempah ruah. Alhamdulillah syukor ... syukor

torexxx said...

di Malaysia dan terutamanya di bandar besar memang selalu jam bila waktu puncak on weekdays.takde polis ke ada polis ke tetap sama.semua nak berpusu-pusu ke destinasi masing-masing.inilah hakikatnya.huh!

azlan said...

saya tiada masalah setiap pagi dan setiap petang terpaksa menempuh kesesakan lalulintas.biasa lah tu.ada polis pun sesak,takde polis pun sesak.cuma bila ada polis ni kenderaan jadi lebih teratur la sebab masing-masing takut kena saman.haha.

lintahbertulang said...

Sebenarnya tak jauh beza pun polis trafik jaga lalulintas atau tak. Saya hari-hari balik kerja dari USJ menuju Shah Alam melalui persimpangan Summit USJ. Di situ hampir setiap masa sesak. Kalau polis tak jaga, ia sesak. Kalau polis jaga pun tetap sesak. Cuma kadang-kadang bila polis jaga lagi lambat jadinya...Hehehe... Apa nak heran sangat kat Melaka jalan sesak. Biasalah...