09 January 2009

MASIH RAMAI LAGI UMAT ISLAM DI MALAYSIA TIDAK SENSITIF ISU PALESTIN?


Khabarnya konsert Jom Heboh dihadiri puluhan ribu penonton. Perlawanan Chelsea dan Malaysia beberapa bulan lepas dihadiri oleh hampir 60 ribu penonton.Sambutan tahun baru di seluruh negara baru-baru ini dibanjiri golongan anak muda terutamanya sehingga penuh sesak. Penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terangganu baru-baru ini secara purata dianggarkan di antara 20 -30 ribu penyokong BN dan Pas ribu dari seluruh negara.

Bantahan kekejaman dan kezaliman Palestin? Malaysiakini, Harakah Daily dan The Star menganggarkan jumlah yang hadir di antara 2000 hingga 5000 ribu orang. Kehadiran yang saya kira masih jauh berbanding acara dan program di atas. Adakah rakyat Malaysia kurang sensitif dengan isu nasib umat Islam Palestin? Adakah hari bekerja ingin dijadikan hujah? Penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terangganu juga dibuat pada waktu hari bekerja tetapi kehadirannya berlipat kali ganda lebih ramai.

Namun begitu dalam masa yang hampir sama turut diadakan bantahan yang sama seperti di Masjid Negara yang dihadiri kira-kira 500 orang yang turut disertai mantan PM. Tun Dr Mahathir,di Kota Bharu yang diketuai sendiri oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdulk Aziz Nik Mat dan di Masjid Kampung Baru yang disertai kira-kira 200 orang.manakala di UIAM Kuantan kira-kira 4000 pelajar dan orang ramai terlibat dalam demontrasi membantah israel.

Kepada yang hadir dalam demontrasi dan bantahan tahniah dan syabas diucapkan kerana ada merupakan umat Islam yang prihatin. Kepada yang tidak hadir mungkin mereka ada alasan yang tersendiri.

Di masjid qariah saya selepas solat Jumaat ada dilaksanakan solat hajat untuk rakyat Palestin tetapi sayangnya lebih 2/3 jemaah meninggalkan masjid sejurus pengumuman solat hajat dilakukan.

Apa yang berlaku seolah-olah menunjukkankesedaran umat Islam di negara ini khususnya secara keseluruhan masih ramai yang tidak peka dan benar-benar sensitif dengan isu umat Islam Palestin. Ikatan persaudaraan Islam masih jauh dan rasa kebersamaan mempertahankan nyawa dan darah umat islam masih jauh. Malah isu Palestin seolah-olah tidak membawa makna dan tidak berkaitan dengan mereka.

Ingatlah selain amalan kita akan ditanya di hari Kiamat kelak, kita pasti akan ditanya apa yang kita lakukan untuk saudara seagama yang terus ditindas dan menderita. Apa jawapan kita nanti? Kita nak beritahu, kita tak ada masa, sibuk dengan kerja,tak ada duit nak derma untuk umat Islam Palestin sebab duit banyak digunakan untuk persekolahan anak dan kita tak kesempatan untuk sekurang-kurangnya berdoa untuk umat Islam Palestin? Atau kita nak beritahu, kita tak boleh berhenti nak makan Mc Donald, rasa ketagih kalau tak minum Coke Coca cola atau rasa gigi tak putih kalau tak guna jenama colgate? Atau kita nak beritahu, kalau tak hisap rokok produk Yahudi akan mengigil satu badan? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.

Kesimpulannya kita yang empunya diri, sendiri mahu ingat!

3 comments:

Anonymous said...

Kita umat islam sudah tahu sifat-sifat Bani Israel/yahudi di dalam Al-Quran, tetapi bolehkah kita melihat perspektif dunia sekarang? Bilakah/mengapa/bagaimana Israel dan Palestim berperang?

Israel mahu melindungi penduduknya, seperti juga Palestin. Tetapi, mereka berdua ni tak mahu mengalah. Hamas bedil Israel, Israel akan bedil Hamas SERTA penduduknya kerana Hamas MENJADIKAN PENDUDUKNYA SEBAGAI PERISAI MANUSIA!

>>Dalam bab ini, saya tak sokong mana-mana pihak. Atas nama hak asasi manusia, kedua-dua pihak perlu mengalah!<<

Kembali kepada bab boikot, ia hanya langkah untuk orang-orang yang lemah (minta maaf). Cuba bayangkan kalau boikot berjaya, kita secara tidak langsung 'membunuh' (baca: menyeksa) rakyat kita sendiri yang bekerja di kilang. Mereka akan dipecat dan kadar pengangguran akan terus meningkat.

Kalau rasa Israel layak dilenyapkan dari bumi ini, apa kata Malaysia menghantar tenteranya ke Palestin dengan kerjasama tentera Liga Arab, dan berperang dengan Israel?

Sameon said...

Tak semestinya kalau tak terlibat dengan demonstrasi anti israel, maka menunjukkan tidak sensitif isu palestin. Diharap penulis bersikap profesional dan tidak terlalu kolot dengan membuat sebarang tanggapan negatif ikut suka hati je. Penulis tahu ke macam mana hati dan perasaan mereka yang tidak boleh terlibat dengan demo tersebut? Demo tersebut bukan paksaan.. Ia hanya sebagai salah satu cara nak tunjukkan ketidakpuashatian kita dalam serangan keganasan israel laknatulLah. Jangan hanya tidak sertai demo tersebut maka dengan mudah saudara melabelkan mereka tak sensitif. Jangan cakap ikut sedap mulut je...

angkasanuri said...

kepada Sameon,
cuba fahami apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan dalam tulisan saya dan juga posting yang lepas. Saya tak kata pun yang tak pergi demo tu tak sensitif isu Palestin. Saya pun tak pergi demo juga. Jangan hanya membaca untuk mencari 'point' untuk menzahirkan sikap menentang tetapi bukalah minda dan bersikap profesional.