18 January 2009

MENGAKU JUA MEREKA AKHIRNYA...

Keputusan di KT kita semua dah tahu, banyak analisis yang telah dibuat oleh rakan bloggers.

Cuma saya cukup tertarik bila baca akhbar Berita Minggu hari ini (tak beli pun pinjam orang punye).

Akhirnya mereka yang selama ini mengampu dalam Umno mengaku bahawa isu perjuangan BN dan Umno iaitu isu pembangunan sudah tidak relevan lagi terutama kepada pengundi muda.

Isu BN isu lapuk yang hanya layak dijadikan manuskrip di arkib negara. Dulu kini dan selamanya asyik-asyik isu pembangunan yang dicanangkan. Kalau tak sokong BN/Umno tak ada pembangunan, negeri jadi tak maju dan mundur. Bila sokong pembangkang rakyat hidup miskin, rumah tak ada api air dan guna jamban pusing. Itulah isu yang dibawa oleh Umno sebelum daripada zaman sebelum merdeka lagi sehingga hari ini.

Hari ini dalam keadaan kebanyakan rumah sudah ada astro,internet broadband, dalam rumah ada TV LCD dan depan rumah kereta dua tiga, BN dan Umno masih lagi bawa isu pembangunan!

Seperkara yang menarik akhirnya mereka mengaku bahawa calon BN kurang karisma dan tidak mempunyai hubungan baik dengan pengundi khususnya masyarakat setempat. Ini juga pernah dicatatkan dalam blog ini yang saya nyatakan secara sinis 'Calon BN Tidak Ada Paras Rupa'.Bagaimana kita hendak memimpin kalau perwatakan kita tidak disenangi? Bukan sahaja dalam soal pilih pemimpin nak jadi imam sembahyang pun kena ikut kehendak dan majoriti makmum.

Jadi apabila isu pembangunan sudah tidak relevan apa lagi isu perjuangan BN dan Umno selepas ini? Membela melayu? Memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman? Sama-sama kita tunggu. Saya dapat merasakan keputusan dalam PRU ke 12, Permatang Pauh dan Kuala Terangganu akan mengubah lanskap politik negara pada masa akan datang.

4 comments:

Anonymous said...

Isu pembanguna kalu nak kempen tahun 60an ke 70an ke boleh Lah. Dah Lah ketingalan bila menang apa pun takde. Aku berani kata mcm tu sebab kg aku, dari kecil smpi skrg apa yg ada? Pergi Lah ke Kg Jeransang dlm Adun Benta, tak ubah2 mcm baru lepas 20 thn merdeka. Cuma skrg ni klu pakai hp tu ada line la, tu pun sebab sykt2 spt maxis,celcom nak niaga dgn orang Kampung, klu x jgn harap Lah. MNM4774

Anonymous said...

penyelesaian tahun sebelum milenium adalah sesuai untuk zamannya... tapi tidak lagi untuk zaman selepasnya.

kalau masih lagi digunakan, BN tertinggal hampir 10 tahun kebelakang dan kalah dengan lunyainya...

Takbir!!!

Anonymous said...

Masalahnya orang melaka yang masih termakan lagi dengan kempen pembangunan ni....Macamana nak ubah mentaliti orang melaka ni ye?

Anonymous said...

SALAM.
Tahniah kerana PAS menang. kalahnya BN kerana isu pembangunan faktor calon, menangnya PAS kerana undi protes orang UMNO, kerja kuat jenteranya, pengajaran kekalahan yang paling besar kepada BN dan pengalaman paling penting kepada PAS dalam mengaharungi provokasi yang dimainkan oleh lawan.