20 January 2009

MUSA HASSAN HINA SUNNAH NABI???


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis menyaman seorang pelajar pondok yang memakai serban kerana tidak mahu perkara itu menjadi trend di kalangan pelajar terutama pelajar sekolah agama.

Kepada Musa Hassan saya nasihatkan elok bertaubat dengan ucapan yang dibuat, memakai serban adalah sunnah bukan trend atau fesyen yang disengaja diada-adakan. Kita tak nak pakai serban tak ada masalah, buat dapat pahala tak buat tak mengapa. Tetapi kalau memperlekehkan sunnah nabi....dengan menganggap satu trend adalah sama seperti menghina agama Islam.

Para mufti tolong nasihatkan sedikit ketua polis negara ini, jangan cakap ikut sedap mulut dan logik akal sahaja! Nak saman pun samanlah, tetapi ucapan yang seperti mengina sunnah Nabi SAW sesuatu yang sama sekali tidak boleh diterima.

8 comments:

Mohd Ramzi Ahmad said...

agaknya maksud beliau ialah memakai serban semasa menunggang motor. bahaya juga kalau jatuh terhantuk serban pula tertanggal.. Bukankah nas apabila bertemu dengan maslahat, maslahat akan mengatasi nas.kalau saya tak silap la.

abdrahim kassim said...

Orang kata bapak borek anaknya rintek. Tetapi ada juga orang bapak alim tapi anak jahil.....murakab pulak tu..

Cikli said...

salam.

pakai topi keledar tidak mencegah kemalangan. ia hanya mengurangkan kecederaan jika kemalangan berlaku.

kemalangan berlaku biasanya sebab unsafe acts (penunggang la tu)dan unsafe condition (jalan dan trafic dan keadaan motor).

biasanya orang pakai serban tidak merempit dan mencilok tak tentu kalu.

jadi saya tak nampak mana satu maslahatnya.

Sameon said...

Salam...
Setuju dengan Mohd Ramzi Ahmad...
Mungkin maksud Musa Hassan, pakai serban masa menunggang motorsikal. Memanglah bahaya. Kalau dah memudaratkan diri pun tak boleh juga.

Lagipun cerita Musa Hasan saman pelajar tu tak lengkap. Kita tak pasti macam mana keadaan pelajar tu masa disaman, masa tengah menunggang ke atau sedang berjalan kaki bersiar-siar. Saya harap penulis jangan main ikut suka je nak hentam mana-mana pihak yang ada kaitan dengan kerajaan semata-mata nak 'belasah' kerajaan...

angkasanuri said...

Ramai yang emosional dalam komen tentang posting ini. Nak komen biarlah beradab. Komen yang tak beradab tidak akan saya siarkan. Apa yang paling membimbangkan ada komen yang seolah2 memperlekeh sunnah Nabi. Hati2 dalam memberi pandangan, jangan ikut sedap mulut. Berserban sunnah Nabi Saw, bukan ajaran Tn. Guru Nik Aziz, Tn Guru Hj Hadi atau sesiapa sahaja. Jangan gadaikan akidah ! Natijahnya, ucaplah syahadah semula!

UMNO & PKR said...

salam.
Sunah tetap sunah telah termaktub dalam ISLAM. persoalan saudara tidak menyiarkan petikan Musa yang dikaitkan dengan kenyataan menghina, soal keselamatan dijalan raya hari ini bukan pekara yang harus dipandang remeh. tidak salah kita untuk menanggallkan serban untuk seketika dengan menyarungkan topi keleder untuk melindungi kepala.

angkasanuri said...

Artikel asal boleh dipetik dari link berita di bawah :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

Apabila menganggap memakai serban sebagai satu trend, tidakkah menghina namanya tu? Bagi saya kalau nak saman pun samanlah tetapi jangan sampai menghina.Walaubagaimanapun saya tidak nafikan peranan polis dalam mengurangkan kemalangan jalanraya.

Anonymous said...

maksud trend di situ ialah trend memakai serban semasa menunggang. bukan trend memakai serban di waktu biasa. Tiada langkah yang betul2 berkesan bagi mengurangkan kemalangan ataupun kecederaan namun kita hanya mampu berusaha dan memakai topi hanyalah sebahagian dari usaha.

Biarkanlah benggali dengan bai sahaja yang tidak memakai topi keledar. kalau diorang mati terjun gaung takkan kita nak ikut terjun sama? Islam perlu dilihat lebih tinggi dari agama2 lain.