24 January 2009

NAJIB AKAN JADI PM KE 6,TETAPI...

Jika tidak adal aral melintang selepas Perhimpunan Agung Umno Mac ini Dato Seri Najib akan menjadi PM Malaysia ke 6. Hanya sesuatu yang luar biasa sahaja yang mampu menghalang Najib untuk mengisi jawatan nombor satu negara.

Kes Altantuya yang sebelum ini diramalkan bakal memaksa Najib melupakan jawatan presiden Umno dan PM juga tidak menampakkan sebarang tanda-tanda bahawa Najib akan dikaitkan dengan tragedi pembunuhan itu. Namun, perbicaraan ini masih terlalu awal.

Walaupun Pak Lah dilihat agak kurang senang dengan prestasi Najib akhir-akhir ini, itu tidak bermakna pula Pak Lah akan menangguhkan pelan peralihan kuasa yang telah 'dipersetujui' bersama. Jika Pak Lah mengubah proses peralihan kuasa, Pak Lah seperti sengaja mengundang penyakit.

Pandangan saya agak kontra dengan andaian dan pandangan Dato Kamaruddin Jaafar, Setiausaha Agong Pas yang meramalkan Pak Lah akan menangguhkan buat seketika pelan peralihan kuasa atas perkembangan muktahir yang berlaku. Dipercayai berkait rapan dengan masalah ekonomi global, sisasatan kes rasuah dan paling penting prestasi Najib semasa mengetuai jentera BN di Permatang Pauh dan Kuala Terangganu.

Walau bagaimanapun Najib bagi saya bakal menjadi PM yang paling singkat dalam sejarah! Rakyat jelas menunjukkan sikap menolak BN dalam erti kata lain menolak kepimpinan Najib. Walaupun Najib agak 'kebal' dengan pelbagai dakwaan dan skandal yang dikemukakan ini tidak bermakna Najib akan berhadapan laluan yang selesa di kerusi nombor satu negara.

Paling lewat saya meramalkan BN hanya mampu bertahan selewatnya-lewatnya sehingga pilihanraya umum ke 13. Ini bakal berlaku jika BN dan UMNO terus dengan lagak dan gaya sekarang yang menafikan kuasa dan pengaruh rakyat yang semakin muak dengan BN. tetapi pemimpin Umno seperti tidak mengakui hakikat ini dan seperti masih selesa dengan kedudukan sekarang.

Namun saya menjangkakan apabila Najib menjadi PM, PR akan berhadapan dengan ranjau apabila dasar pemerintahan yang lebih menekan dan menghimpit PR akan dilaksanakan oleh Najib. Hanya itu sahaja yang mampu dilakukan apabila semua yang dilakukan oleh BN dan UMNO untuk menambat hati rakyat dan memulihkan keyakinan masyarakat serba serbi tidak menjadi.

Dalam hal ini PR perlu bersedia dengan segala macam persiapan dan penerangan kepada semua ahli dan penyokong tentang kemungkinan yang bakal berlaku. Apa-apapun sama-sama kita tunggu sama ada ia menjadi kenyataan atau sebaliknya.

5 comments:

Anonymous said...

Sekira nya bakal PM Malaysia itu berani bermain kasar maka terima lah akibat nya nanti.
Jangan menyangkakan rakyat akan berdiam diri dan mebiarkan segala kezaliman terus berlaku.
Tepuk Dada tanya selera!!!!
Apakah saudara tidak faham apa erti perjuangan dan pengorbanan.!!!

ALI MAIDIN said...

Pas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.

Pemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Abdullah Hassan (UPSI).

War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.

Daulatkan Bahasa Melayu.

Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

ALI MAIDIN said...

Pas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.

Pemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Abdullah Hassan (UPSI).

War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.

Daulatkan Bahasa Melayu.

Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

LESONGINDEK said...

Tuan Angkasanuri,

ANDAIAN......ANDAIAN. AGAK.....AGAK. SPEKULASI......SPEKULASI. Kadang-kadang betul. Kadang - kadang separa betul. kadang - kadang betul. kadang- kadang kebetulan.

2. YANG PASTI : Hari semalam betul dan pasti telah berlaku, telah tahu. Hari ini separoh telah tahu dan separuh nya belum tahu lagi apa yang berlaku. Hari esok belum tahu lagi, masih Ghaib, HANYA ALLAH SWT SAJA YANG TAHU. QADA DAN QADHA.


TK

Anonymous said...

Sesiapa pun boleh buat ramalan... Apapun yang akan terjadi nanti, pastinya hanya Allah SWT saja yang mengetahui...