08 January 2009

PELIK!KENAPA MASIH MENGHARAP PBB SELAMATKAN BUMI PALESTIN


Hampir seluruh dunia mengutuk kekejaman yahudi zionis kepada penduduk Palestin. Negara-negara berkenaan mendesak agar PBB campur tangan dan mengambil tindakan segera menyelamatkan bumi Palestin dari tindakan tidak berperikemanusiaan.

Inilah yang saya hairankan, kenapa masih mengharapkan PBB menyelesaikan penderitaan umat Islam Palestin. Kita mungkin terlupa dengan fakta sejarah, yahudi zionis adalah bangsa terbuang yang asalnya tidak memiliki negara. Mereka penumpang di Palestin dan di seluruh dunia. Siapa yang mengiktiraf yahudi dengan negara Israel? Siapa yang mengiktiraf tindakan yahudi zionis merampas tanah penduduk Islam Palestin? Sehingga yahudi menguasai hampir 90% bumi Palestin. Jawapannya ialah PBB!

PBB ialah dalang dan bersubahat dan merestui tanah penduduk Palestin dirampas! Jadi kita hendak mengharapkan pertolongan PBB sekali lagi?

Sebenarnya umat Islam di Palestin sudah hilang tempat hendak bergantung kecuali kepada negara yang majoriti dan ramai penduduk Islam. Tetapi apa yang berlaku, OIC....menjadi Ohhhh I See...Pemimpin liga Arab?Mereka memang tak boleh diharap! Lebih sibuk mengumpul kekayaan, koleksi kapal layar mewah dan jet peribadi kerana semuanya telah termakan budi dengan sekutu yahudi, Amerika.

Saya mengalu-alukan sumbangan AS 1 juta kerajaan Malaysia kepada Palestin, tetapi saya bimbang sumbangan tersebut diberikan kepada Fatah (Tebing Barat) dan bukan kepada Hamas di Gaza. Fatah bersekongkol dengan Israel sebab itu hanya Gaza sahaja yang dibom dan cuba dimusnahkan.Sementara kerajaan presiden Mahmud Abbas di Tebing Barat langsung tidak dijentik oleh regim zionis.

Persoalanya kepada siapa umat Islam Palestin hendak mengadu? Negara jiran Mesir? Mesir lagi tak bertimbang rasa! Bekalan makanan dan ubat-ubatan dihalang masuk ke Palestin. Mesir telah menutup sempadannya dengan Palestin.

Hari ini umat Islam di Palestin (Gaza) sedang terkepung dan sedang menghadapi kebuluran dan kekurangan ubat-ubatan. Mereka hanya dibekalkan dengan muntahan peluru dan bom yang tidak putus-putus menghujani bumi mereka.

Kepada saudara-saudaraku, tidak cukup sekadar keluhan dan simpati. Buatlah yang termampu untuk menyelamatkan saudara kita di Palestin. Ada dua cara paling mudah dan satu cara yang agak susah tetapi masih mampu kita lakukan tanda sokongan dan bantuan kita kepada umat Islam di Palestin iaitu :

1.DOA
2.BOIKOT SEMUA PRODUK YAHUDI DAN SEKUTUNYA AMERIKA
3.BERHENTI MEROKOK!

Ingatlah setiap sen, setiap asap yang anda sedut sebenarnya anda sebenarnya seolah-olah turut sama menyedut darah Umat Islam Palestin. Syarikat rokok pemegang saham terbesarnya adalah yahudi!

Amat malang seribu kali malang dalam demontrasi, di kedai kopi dan di pejabat mulut berapi-api mengutuk kekejaman yahudi sambil rokok buatan yahudi terselit di celah bibir!

1 comment:

Anonymous said...

Salam saudara,
Jika sebelum ini saya banyak 'argue' artikel saudara kerana berlainan fahaman politik, tapi kali ini saya menyokong 100% artikel saudara. Kekejaman zionis memang terlalu melampaui batas-batas norma manusia. Mereka lebih hina daripada binatang!

Kalau dilihat dalam peta di atas, ternyata setelah negara Palestin diambil hampir keseluruhan, pendudukan rakyat Palestin seolah-olah terkepung dan dikelilingi oleh israel laknatulLah. Apa yang terlintas di kepala ialah, mereka akan dibunuh beramai-ramai sehingga tiada satu pun rakyat Palestin di muka bumi ini, Nauzubillah...

Kita nak serang israel, kita tak mampu. Jadi kita buat apa yang mampu seperti banyakkan berdoa dan solat Hajat berjemaah di masjid-masjid dan surau-surau, pulaukan produk dan servis dari US dan yang paling penting, tutup saja Philip Morris di Malaysia dan sekat import rokok dari luar...