Bila sebut bab ikrar ni, teringat masa sekolah dulu setiap kali perhimpunan hari Isnin ada majlis baca ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas. Masing-masing begitu bersemangat melafazkan ikrar. Ikrar dalam erti kata lain kita berjanji untuk taat dan patuh kepada apa yang diucapkan.
Tetapi selang beberapa minit lepas baca ikrar, pelajar di dataran perhimpunan mula buat onar. Ada yang usik kawan dan mula buat bising. Itu baru lepas baca ikrar. Walaupun guru bertugas atau guru disiplin terjerit-jerit di depan perhimpunan ada yang buat dek aje...Lepas perhimpunan dan sepanjang sesi persekolahan macam-macam lagi peraturan sekolah yang dilanggar. Pada hal baru je berikrar pada sebelah pagi.
Bagi saya sama lah seperti ikrar yang dilafazkan oleh Adun Umno Perak dalam pertemuan dengan Najib semalam. Hanya sebagai formaliti yang tidak menjamin apa-apa.Sekadar mengikut arahan yang dikeluarkan.
Jika 'Sumpah Keramat' pun dipermainkan, inikan pula sekadar baca ikrar! Begitu juga sebelum ini mudah-mudah je orang bersumpah mengalahkan sifat sesumpah!
Terbukti ikrar dilafazkan semalam tidak membawa apa-apa makna.Hari ini wujud angin yang semakin bertiup kencang bahawa ada lagi Adun Umno dari Perak yang akan menyertai Pakatan Rakyat kerana perasaan tidak puas hati dengan pergolakan yang sedang berlaku dalam umno sekarang.
Terkini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi"."Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak."Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada satu kenyataan hari ini.Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.
Kita tunggu apakah selepas ini ada lagi majlis ikrar atau upacara bersumpah. Rasanya mungkin ada tapi sekadar nak menyedapkan hati sahaja. Tapi dalam hati cukup berdebar-debar bila menyaksikan perkembangan yang berlaku. Adakah ini semua petanda-petanda awal bahawa Najib tidak sempat menjadi perdana menteri?
28 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Tuan Angkasanuri,
Hakikat: Nampak macam sehaluan tapi tak selaras. Nampak macam seiya sekata tapi mimpi tak sama.
Mulut berkata begini tapi hati berasa begitu. Otak fikir-fikir ini macam kah ,itu macam kah. Mana terbaik. Ohhhh.......ohhhhh aku kellllllirrrrru. Berceeeelaru.
Lantak deme le asal harga pisang beranggan di chow kit tak naik, udah.
tk
Tuan M. Sepial...moga dirahmati...
Tak mustahil apa yang sedang berlaku dalam BN sekarang boleh berjangkit dalam PR jika PR mengenepikan prinsip perjuangan. saya melihat minat wakil rakyat BN kepada PR sama seperti konsep hijrah. Berhijrah kearah kebaikan adalah sesuatu amat dituntut dalam Islam
Post a Comment