17 February 2009

AKIBAT KERAKUSAN BERPOLITIK: DUIT RAKYAT BAKAL LEBUR LAGI!


Pilihanraya kecil Bukit Lanjan sudah hampir pasti. Bermakna masa, tenaga dan duit rakyat bakal lebur lagi. Jika di Bukit Gantang memang tak dapat dielakkan kerana takdir Allah telah menentukan.

Tetapi apa yang berlaku di Bukit Selambau dan di Bukit Lanjan adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku jika manusia bertindak matang dan waras. Tak bolehkah berpolitik secara baik dan profesional berlandaskan lunas-lunas demokrasi?

Apa perlu taktik kotor dengan rasuah, ugutan dan pelbagai strategi keji? Siapa yang menjadi mangsa?

Saya yakin pilihanraya 'tiga bukit' ini bukan yang terakhir jika tangan-tangan kotor terus dibiarkan bermaharajalela menyalahgunaklan kuasa dan kedudukan.

Apa yang pasti rakyat menjadi mangsa. Alangkah eloknya kos jutaan ringgit secara 'rasmi' yang bakal digunakan oleh SPR dan 'kos bawah meja' yang pastinya berlipat ganda lebih tinggi untuk pilihanraya kecil yang tidak perlu digunakan untuk manafaat rakyat dalam zaman kegawatan ekonomi.

Bayangkan berapa banyak golongan fakir dan miskin boleh dibantu? Berapa banyak rumah, jalan raya, parit dan longkang boleh dibina untuk keselesaan hidup rakyat? Berapa ramai lagi pelajar di sekolah dan universiti yang boleh dibiayai dari segi biasiswa dengan pembaziran yang tidak perlu ini?

Tidak ada cara lain selain daripada rakyat perlu bangun dengan menghukum mereka yang tamak haloba, gila kuasa dan lebih mementingkan agenda politik dan peribadi dalam pilihanraya 'tiga bukit', pilihanraya kecil seluruh Perak dan Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

2 comments:

Anonymous said...

"Apa yang pasti rakyat menjadi mangsa. Alangkah eloknya kos jutaan ringgit secara 'rasmi' yang bakal digunakan oleh SPR dan 'kos bawah meja' yang pastinya berlipat ganda lebih tinggi untuk pilihanraya kecil yang tidak perlu digunakan untuk manafaat rakyat dalam zaman kegawatan ekonomi."

Jangan dirosakkan lagi pemikiran rakyat dengan dakyah jahat dan fitnah macam ni... Dengan bangganya saudara kaitkan pasal 'kos bawah meja' dengan kerajaan sedangkan ia hanya tanggapan saudara yang tidak berbukti... Kita harus ingat benda yang tiada bukti adalah fitnah dan menyebarkan fitnah pula adalah berdosa...

angkasanuri said...

Salam Sameon,

Untuk makluman saudara saya ada pengalaman sendiri ditawarkan ratusan ribu ringgit untuk mengkhianti parti. Untuk klu dalam satu pilihanraya umum ke? oleh orang no 2 penting di sebuah negeri.Saya ada saksi! Saya bukan tuduh-tuduh. Malah pengalaman rakan-rakan pun ada.sebab tu saya pernah sebut kalau saya nak kaya boleh je...Tapi buat apa...Diri kami bukan terlalu murah untuk dijual beli. Ugutan dah jadi biasa dalam hidup saya.