11 February 2009

AYUH TINGKATKAN 'PEPERANGAN' DI ALAM 'CYBER'.

Umno semakin mencabuli hak demokrasi! sudahlah kerajaan Perak dirampas secara tak bermaruah. Hak rakyat berhimpun disekat! Penyokong Umno berhimpun di seluruh negara tak apa pulak? Terkini kebebasan akhbar turut disekat. Sehari dua ini akhbar Harakah dan Keadilan menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno yang berlindung atas nama Undang-undang dan penguatkuasaan KDN.

Apakah kerajaan BN masih mendabik dada mengatakan mereka menjunjung demokrasi? Mana nak letak muka apabila Malaysia disiasat oleh PBB kerana melanggar hak asasi manusia dalam undang-undang ISA?

Tak mengapa nak rampas, rampaslah selagi mereka berkuasa. Tetapi ingat!hak menulis, memberi pandangan, hak bersuara mereka tidak akan mampu disekat.

Yakinlah, dengan sekatan terbaru ini akan melahirkan lebih ramai bloggers yang simpati dan pro pada Pakatan Rakyat! Apakah mereka fikir dengan merampas akhbar Harakah dan Keadilan akan melariskan 'akhbar Umno' seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan! Pemimpin Umno kena muhasabah kenapa dalam 'suasana panas' politik negara 'akhbar Umno' makin berlambak-lambak tidak laku?

Kepada semua bloggers yang simpati dan pro pada Pakatan Rakyat dan cintakan keadilan ayuh mari kita tingkatkan usaha untuk menyampaikan mesej pada rakyat. Kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang ada blog tetapi jarang atau lambat update, rajin-rajinlah update. Rakyat di luar sana cukup dahagakan maklumat dari anda semua. Siapalah kami berbanding maklumat dan input yang datang dari pimpinan sendiri. Maklumat anda pasti lebih 'umphh' berbanding apa yang dicatatkan oleh blogger yang biasa-biasa macam saya ni.

6 comments:

si lembik's said...

dah sampai masa untuk kita mengganas..he he he

Hasbullah Pit said...

Nak serang macam mana?

angkasanuri said...

Ikut le...nak perang gerila ke...perang konvesional atau kalau tak pun main perang-perang!

Anonymous said...

"Ikut le...nak perang gerila ke...perang konvesional atau kalau tak pun main perang-perang!"

Nampak sangat angkasanuri ni tak bersungguh dalam apa yang cuba 'diperjuangkan'. Lebih kurang macam cakap tak serupa bikin la. Nak ajak tingkatkan peperangan tapi cakap tak bersungguh, macam main-main je...

angkasanuri said...

Kepada sameon,
bila kita bercakap dengan kawan-kawan nadanya lain, bercakap dengan musuh nadanya lain, bercakap dengan orang yang tak reti bahasa, bahasanya pun lain....Tak kan bila bercakap dengan kawan2 nak guna ayat skema!

Anonymous said...

wei sameon...dh xd modal tu x yah lah nk komen....stakat komen bangang2 mcm bdk2 hingusan ni baik x yah komen...buang mase jer r mat..apsal meon???...ko takut akan munculnye byk blog2 pro pr slpas byk sekatan yg dibuat oleh barua2 umno....rilekkkk rrr brotherrr...kalau btl bende tu kebenaran ap yg nk takut...org yg takut kpade kebenaran ni cume org2 yg bangang mcm ko jer...