10 February 2009

SOGOK 5 JUTA :KENAPA SPRM MEMBISU?

Bekas Adun Bukit Selambau, V Aramugam mendedahkan punca beliau meletak jawatan sebagai Exco dan Adun kerana tidak tahan dengan pelbagai ugutan terhadap keluarganya. Beliau juga mendedahkan bahawa ditawarkan RM 5 juta supaya melompat ke dalam BN.

Peliknya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti membisu dan memekakkan telinga dalam isu ini. Walhal jelas itu kenyataan yang didedahkan oleh bekas Adun berkenaan. Bukan sahaja diumpan RM 5 juta malah lebih dasyat lagi keluarga beliau juga turut dijadikan sasaran dan mangsa.

Apa dah jadi dengan SPRM? Adakah SPRM juga bermain wayang dan politik? Kalau nak bermain wayang dan politik seperti isu rasuah yang melibatkan 'bekas adun' Behrang dan Changkat Jering saya cadangkan SPRM memohon untuk menjadi komponen BN. Mana tahu kot-kot nasib baik boleh letak calon di Bukit Gantang atau Bukit Selambau dalam pilihanraya kecil nanti.

2 comments:

Sameon said...

SPRM tidak akan buat siasatan jika tiada bukti. Lagipun Arumugam buat laporan polis, bukan laporan pada SPRM. Jadi, macam mana SPRM nak siasat jika tiada laporan?...

angkasanuri said...

Dalam kes Adun Bota masa 'lompatan pertama' ke PKR, SPRM begitu cepat mengumumkan akan buat sisatan walaupun tidak ada sebarang laporan dan bukti dikemukakan. Sebab itulah SPRM atau dulu BPR sentiasa dilihat 'pilih bulu' dengan sikap serta tindakan yang dibuat. Cuba tengok 'drama' bekas adun Behrang dan Changkat Jering yang 'sengaja' tak datang ke mahkamah atas alasan 'sakit'. Sama je macam taktik budak sekolah bila beritahu cikgu sebab apa ponteng.