01 February 2009

CONFIRM !!! KERAJAAN PR PERAK TINGGAL MAJORITI 1 KERUSI


Segala spekulasi dan teka-teki tentang kehilangan 2 adun dari PKR Perak akhirnya terjawab pada hari ini apabila Pak Lah tidak menolak kemungkinan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengesahkan identiti serta bilangan wakil rakyat pembangkang yang dijangka berbuat demikian.

``Insya-Allah betul,’’ katanya ketika menjawab soalan pemberita yang meminta beliau mengesahkan laporan terdapat dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak akan menyertai BN.

Tapi yang peliknya, awal-awal lagi pak Lah sebut adun dari pembangkang. Maknanya pak Lah masih lagi bermimpi atau berangan bahawa Umno menjadi kerajaan di Perak.

Saya petik kata YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir di Kelantan yang lalu, walaupun tinggal setengah kerusi pas akan tetap memerintah di Kelantan.

Walau bagaimanapun senario ini berbeza. Di Kelantan, walaupun tinggal 1 kerusi majoriti ketika itu, Adun Pas adalah ahli yang ditarbiyyah dan begitu wala' kepada pimpinan walaupun ditawar dengan nilai yang lebih lebih lumayan yang didakwa diterima oleh 2 adun PKR yang bakal melompat.

Di Perak, Pas tidak ada masalah dan saya yakin mereka akan taat walaupun apapun berlaku. Di sinilah kita akan dapat melihat sama ada PKR dan DAP dapat mempertahankan kesetiaan ahli mereka yang menjadi adun di Perak.

Opsyen yang ada untuk pakatan Rakyat jika terus digugat ialah dengan mengadakan pilihanraya semula dengan membubarkan sidang dewan undangan negeri Perak. Dalam keadaan BN dan Umno sedang teruk bergolak, mereka bakal menerima pengajaran yang paling pahit jika pilihanraya diadakan semula di Perak dalam tempoh terdekat.

Walau bagaimanapun saya cukup yakin dengan persediaan dan strategi yang dimiliki oleh PR untuk memastikan momentum sokongan dan kemenangan dapat dikekalkan.

Kepada semua penyokong PR khususnya di Perak diharap bertenang dan sentiasa mengikuti perkembangan dan arahan daripada pimpinan. Bagi saya sedikit ujian yang berlaku ini akan lebih menguatkan kerjasama dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku di Perak sebenarnya merupakan percaturan dalam politik. Mana-mana pihak yang silap langkah akan terus 'Check mate' .

4 comments:

. said...

Saya dengar kata Panadol Actifast laku di Perak hari ni :)

Jiwa Merdeka said...

Kerajaan PR di Perak dari awal lagi merupakan kerajaan yang goyah-- tak kuat. Jadi ia memang mudah ditumbangkan bila-bila masa saja.

Zolkharnain Abidin said...

Kalau nak lompat, lompatlah. Jangan lupa labunya...

Blog ini dilinkan dengan http://bongkarsauh.blogspot.com/

angkasanuri said...

Assalamualaikum...

Tuan Nobisha,

Harap-harap towkey kedai tak naikkan harga panadol.

Tuan Jiwa merdeka,

itu memang diakui, PR Perak tak sampai setahun pun baru kahwin. Biasalah hal2 macam ini...Inilah risiko bila berpolitik.

Ustaz Zul,
Terima kasih kerana link blog saya pun dah masukkan dlm blogroll saya. Saya pernah praktikal di Arau Perlis dan tinggal di Madi pada tahun 1995 selama 4 bulan. Terima kasih kpd warga Madi.