05 February 2009

KERAJAAN TIDAK BERMARUAH TERBENTUK DI PERAK?

ORANG YANG TIDAK ADA MARUAH,BOLEH DILELONG DAN DIJUAL BELI

Hari ini DYMM Sultan Perak akan membuat keputusan tentang kemelut politik di Perak. Apa juga keputusannya nanti semua pihak perlu akur dan rasional.

Pakatan Rakyat Perak tidak perlu merasa kecewa, mereka telah menjalankan tugas dengan cukup cemerlang sepanjang 11 bulan di Perak. Mereka bukan ditolak oleh rakyat tetapi mereka disingkirkan dengan gaya samseng oleh pemimpin yang tidak bermaruah.

Dalam hal ini saya berpendirian jika DUN tidak dibubarkan, senario politik di Perak akan kekal tidak stabil. Jika BN berkuasa, adakah BN mampu bertahan? Kes rasuah 2 adun lompat akan dibicarakan pada 10 Febuari. Tetapi saya cukup yakin akan berlaku silap mata dalam kes ini.

Kerajaan PR Perak pasti akan membawa kes ini ke mahkamah ekoran krisis perundangan dan juga tindakan pelik SPR yang melangkaui bidang kuasanya.Semua ini bakal membawa suasana tidak menentu di Perak.

Tetapi saya yakin, Najib tak fikir itu semua kerana dia cukup terdesak sekarang ini untuk membuktikan kuasa dan pengaruhnya. Jika Perak boleh diambil secara samseng dan tidak bermaruah bolehkah negeri-negeri PR yang lain mengalami senario yang sama?

Mereka sanggup buat apa sahaja tanpa mengira dosa pahala serta halal haram. Ini semua telah dibuktikan dengan macam-macam peristiwa pelik dan tak masuk akal yang berlaku dalam negara.

Lihatlah betapa biadab dan kurang ajarnya pemimpin Umno dan BN bukan sahaja pada rakyat tetapi DYM Sultan Perak dengan mengistiharkan BN menguasai kerajaan perak sebelum DYM Sultan Perak membuat keputusan pada hari ini.

Dalam hal ini PR perlu lebih bersedia dengan menyusun persiapan dan strategi yang lebih mantap dan tersusun. Saya cukup yakin dan optimis sokongan dan simpati rakyat kepada PR melonjak berkali ganda dengan isu yang berlaku hari ini.

Biarlah pihak Umno dan BN bertepuk tangan dan bersorak gembira pada hari ini. Apa yang penting PR perlu bijak dan matang dalam menangani apa yang berlaku agar momentum sokongan dan simpati rakyat pada PR terus berkekalan.


3 comments:

Anonymous said...

dan dan la pulak kata 4 orang tu tak bermaruah.bila Nasarudin masuk PR disokong pulak.bila Anwar kemukakan pelan dia untuk membina kerajaan baru dengan cara melompat parti disokong pula.

tapi apabila BN yang mendapat kelebihan hasil dari idea Anwar kenapa perlu marah pula?

Nizar pun satu hal.belum jumpa Sultan lagi dah kata boleh adakan pilihanraya.

Anonymous said...

kenapa Pakatan Rakyat perlu takut sampai nak buat perhimpunan ‘Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak’.?bukankah Anwar sendiri pernah kata "2 hilang,200 mari"? :).

bila dah kena batang hidung sendiri mulalah nak menggelabah.Anwar yang memulakan isu lompat-melompat ini tapi apabila BN yang dapat membentuk kerajaan baru dimarah pula kepada BN.sedangkan BN tak pernah pun mempromosikan lompat-melompat untuk bina kerajaan baru.

Anonymous said...

Tindakan berlandskan emosi biasanya tidak menghasilkan yang terbaik tetapi tindakan yang bertunjangkan rasional akhirnya akan terbukti memberi kebaikan kepada semua.Tindakan BN mengambil tampok pemerintahan di Perak jika dilihat dari prespektif yang lain dianggap lebih bermaruah kerana berusaha untuk memulihkan kembali suasana politik yang tidak menentu hasil dari pergolakan politik dalaman PR sendiri.Jika benar pengurusan politik dalaman diurus dengan bijaksana tidak ada ahli yang ingin keluar dari rumah tangga yaang bahagia. Jadi itulah yang berlaku tindakan meninggalkan parti tercetus lantaran rasa ketidakpuasan hati. Jadi adakah orang lain yang salah?.Sebenarnya PR sendiri yang mencipta peluang orang lain mengisi kelompongan tanpa ia sendiri sedari.
Terima kasih