Dalam media pro Umno seolah-olah hanya orang Melayu dalam Pakatan Rakyat sahaja yang menentang tindakan Umno merampas kerajaan Perak.
Gambar orang melayu baring depan kereta, merempuh sekatan FRU dan berarak digembar-gemburkan oleh media. Lalu mereka dicap sebagai penderhaka dan biadab.
Apa yang menghairankan tidak perlu ditunjukkan gambar orang Cina dan India turut sama protes membantah apa yang berlaku di Perak. Hanya Karpal Singh seorang sahaja yang di kalangan bukan melayu disebut sebagai penderhaka. Kenapa media tak berani sebut orang Cina dan India juga menderhaka menentang sultan dan tindakan tak bertamadun Umno di Perak? Ada apa-apa ke?
Tetapi yakinlah walaupun media dan pemimpin Umno hanya menunding jari pada orang Melayu dalam Pakatan Rakyat sahaja yang menderhaka, majoriti orang Cina dan India hari ini bukan sahaja di Perak tetapi seluruh Malaysia semakin benci meluap-luap kepada Umno. Mereka tidak boleh menyembunyikan kebangkitan rakyat yang disebut sebagai reformasi kedua. Apa yang lebih menarik kebangkitan rakyat dalam reformasi kedua hari ini merentasi budaya dan kaum di negara ini. Inilah yang semakin merunsingkan Umno hari ini. Mereka tidak mampu untuk menutup bangkai gajah!
Jadi Umno akan buat apa sahaja untuk memastikan tidak ada pilihanraya kecil atau umum akan diadakan dalam tempoh terdekat kerana tahu nasib yang bakal menimpa mereka.
Orang Melayu hari ini pun sudah semakin cerdik tidak seperti zaman dalam kitab Sejarah Melayu atau zaman Hang Tuah yang hanya taat secara membuta tuli walaupun sultan ketika zaman itu beraja di mata bersultan di hati. Orang Melayu hari ini sudah moden kata Tun Dr. Mahathir.
Jadi raja-raja Melayu menjadi talian hayat Umno untuk memastikan mereka dapat bertindak untuk mengekalkan kuasa dan merampas hak dan pilihan rakyat walaupun terpaksa 'melanun'.
08 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kenapa tiada gambar cina dan india sedangkan blog pro pr bebas menyiarkannya...
kenapa menyalahkan media tak siar gambar cina dan india?
sebenarnya cina dan india memang tak derhaka dan tak ikut menderhaka...
melayu pro pr je yang kemaruk nak lawan sultan.
silaambil makluman cina dan india lebih lama mempunyai Raja masing-masing. Rasa hormat mereka kepada institusi beraja lebih kentam dari melayu yang hanya beraja sejak 1,300 yrs ago.
kepada zali dan bunga raya anda boleh akses blog berikut untuk melihat gambar cina dan india menentang apa yang berlaku di Perak.
http://nikhassanazmi.blogspot.com/
http://idhamlim.blogspot.com/
http://pemudabesut.blogspot.com/
malah banyak lagi blog lain yang menyiarkannnya hanya media pro umno sahaja yang tak berani.
MEREKA INI SEBENARNYA PELUK TUBUH DAN KEMUDIAN BERTEPUK TANGAN APABILA MELIHAT GELAGAT MELAYU YANG DI PERBODOHKAN MEREKA.
sekarang ini PR dan BN sama sahaja - mereka pentingkan survival untuk parti masing-masing.
kalau tidak kerana survival,kenapa Nizar terlalu yakin yang Sultan akan memperkenankan permintaan beliau supaya dibubarkan dewan DUN dan diadakan pilihanraya?.kenapa mula-mula Nizar berkata akan menerima apa juga keputusan Sultan tetapi selepas itu Nizar seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan?
sebenarnya susah untuk Nizar melepaskan jawatan.sebab?sebab pastinya sudah ada perancangan yang telah dilakukan oleh Nizar dan PR dan pastinya juga banyak lagi perancangan yang ingin mereka lakukan.bila dah jadi benda macam ni,maka terbantut la perancangan mereka.
mungkin Nizar dan PR berasa berat hati untuk "menyerah kalah".tetapi inilah hakikatnya.jangan bila menang hidung kembang tapi bila dah tahu "our time is up" kita tidak pula mahu menerima hakikat.
Post a Comment