09 February 2009

PILIHANRAYA KECIL DI BUKIT GANTANG: NIZAR CALON PAS?

Al Fatihah atas kepulangan ke rahmatullah Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak dari Pas, Hj. Roslan Shahrom yang meninggal dunia kerana serangan jantung. Semoga Allah SWT mencucuri roh beliau dan ditempatkan di kalangan orang yang mendapat ganjaran nikmat berserta roh orang yang solleh.

Adakah SPR akan mengadakan pilihanraya di Bukit Gantang, Perak? SPR boleh membuat sisatan seperti kes dua adun tak bermoral dari Behrang dan Changkat Jering sama ada perlu atau tidak pilihanraya kecil diadakan. Bukankah SPR ada kuasa untuk menerima dan menolak notis dari speker dewan sama ada pilihanraya kecil perlu diaadakan ataupun tidak?

Jika pilihanraya kecil diadakan, Menteri Besar Perak yang sah, Dato Seri Nizar Jamaludin wajar menjadi pilihan utama PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu nanti. Walau bagaimanapun ini semua terserah kepada keputusan Pakatan Rakyat dan kepimpinan tertinggi Pas untuk membuat keputusan.

Alasan saya kenapa Nizar perlu menjadi calon Pas di Bukit Gantang :

1. Untuk membuktikan adakah rakyat menolak 'penderhaka' yang digembar-gemburkan oleh pemimpin Umno dan media pro umno.

2. Memberi peringatan kepada Umno bahawa rakyat memprotes tindakan mencabuli undang-undang Tubuh Kerajaan Perak dengan merampas kuasa dari kerajaan yang sah.

3. Mengekalkan momentum dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat sebelum mahkamah membuat keputusan status kerajaan BN haram di Perak.

4. Memberi amaran bahawa rakyat tidak terpengaruh dengan provokasi dan propaganda media dan pemimpin Umno.

5. Memastikan 'mood' kebangkitan rakyat dapat dikekalkan sebelum berhadapan dengan pilihanraya kecil seluruh Perak dan pilihanraya umum ke 13.

6 comments:

perunding said...

setuju

perunding said...

sudi tuan meletakkan blog saya ke blog roll tuan.

sekadar ingin menumpang laluan trafik tuan.InshaAllah.

gotahlantun said...

DAN BILA NIZAR KALAH NANTI ALAMAT BERKUBURLAH MASA DEPAN POLITIK NYA.

Anonymous said...

JANGAN HARAP NAK MENANG.ANAK JATI C JERING TOLAK PKR DAN p...USAH BERMIMPI DI SIANG HARI. BN TETAP MENANG.

Anonymous said...

tak tau ke bkt gantang ada kubu kuat BN.Pas jangan Harap Menang kali ini.Praya lepas menangpun nasib saja.Kembalikan BN.UMNO tetap di hati....

Hasbullah Pit said...

Aku dah tambah perisa pada spekulasi ini