03 February 2009

TEKA TEKI PILIHANRAYA KECIL BAKAL TERJAWAB HARI INI


SPR hari ini akan membuat keputusan sama ada pilihanraya kecil akan diadakan atau tidak di Perak. Walau bagaimanapun berdasarkan peruntukan undang-undang dan pelembagaan pilihanraya kecil di Changkat Jering dan Behrang sudah hampir pasti kecuali berlaku sesuatu di luar dugaan.

Apa-apapun bagi saya pilihanraya kecil adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak sepatutnya berlaku. Duit dan masa rakyat akan terbuang. Ada baiknya peruntukan yang menelan jutaan ringgit tidak termasuk rasuah dan sogokan jika pilihanraya kecil itu diadakan digunakan untuk membantu umat Islam di Gaza di Palestin.

Ini semua gara-gara mereka yang tamak dan rakus tanpa memikirkan nasib dan hak rakyat.

Tetapi itu semua tidak dapat dielakkan untuk mempertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan memberi pengajaran kepada mereka yang terdesak dan gila kuasa agar tidak bertindak sewenang-wenangnya.

Apa yang berlaku dan akan berlaku di Perak akan memberi petunjuk tentang masa depan senario politik negara dalam tempoh terdekat. Kita tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku nanti.

2 comments:

fital said...

Seandainya belaku pilihanraya kecil sekali dapatkah PKR mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut atau dapatkah BN merampasnya kembali. Menurut logik akal sesuatu yang dah terlepas sukar dirampas kembali ditambah pula oleh faktor pemilihan pemilihan UMNO yang semakin hampir tentunya membuatkan UMNO lebih tertekan dari PKR. Siapakah calun dari BN yang bakal dicalonkan untuk kedua-dua kerusi DUN tersebut apakah dari orang tempatan yang dikenali dan disenangi oleh grassroot.Kekalahan dalam PRK di Kuala Terengganu baru-baru ini tentunya memberi pengajaran kepada BN.Bagaimana pula tutuan MIC yang ingin calun dari partinya mewakili BN di DUN Behrang, dapatkah BN memberinya.
PKR tetentunya lebih bersedia dari BN.Apakah isu yang akan dibangkitkan oleh kedua-dua pihak
dalam PRK itu nanti merupakan isu
yang sama dan mual didengar.Apa pun PRK yang bakal menyusul nanti tentunya lebih hebat dari PRK di Kuala Terengganu. PKR semakin cemas, UMNO semakin lemas dan rakyat semakin rimas.

lintahbertulang said...

Bro, SPR dah umum pilihanraya tidak akan diadakan di dua DUN Perak disebabkan oleh surat perletakan jawatan dua ADUN tersebut meragukan..Ini juga membuktikan dakwaan RM50juta yang kononnya ditawar oleh Najib tidak benar. Lagipun, mana logik RM50 juta seorang. Banyak sangat tu...