Presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Awang menyifatkan slogan pembaharuan Satu Malaysia oleh Dato Seri Najib hanya gimik politik seperti pepsi cola.
Pepsi Cola, mungkin budak-budak hari ini tidak lagi mendengar jenama minuman berkarbonat popular satu ketika dulu. Kalau tak silap saya, Micheal Jackson@Mikael Jakson merupakan duta produk ini dengan nilai tajaan puluhan juta ringgit.
Maka ramailah orang meminum pepsi cola kerana tertarik dengan iklan serta gimik yang dibuat oleh Micheal Jackson dalam iklan Pepsi cola sambil menari terkinja-kinja.
Tetapi saya yakin mereka yang pernah minum air Pepsi Cola mengakui rasanya sebenarnya sama je air karbonat lain di pasaran.
Itulah yang mungkin ingin digambarkan oleh Tuan Guru Hj. Hadi Awang, idea Satu Malaysia hanyalah gimik dari DS Najib yang sebenarnya tetap sama dengan apa yang diperjuangkan oleh Umno@BN selama ini. Dasar Umno@BN tetap tidak berubah daripada menggula-gulakan rakyat dengan projek Mee Segera dan pelbagai gimik yang lain.
Maka gimik terus dibuat daripada semasa ke semasa untuk menunjukkan bahawa PM hari ini menggutamakan rakyat. Justeru itu 'pemimpin berjiwa rakyat' ini dapat dilihat bersama dengan orang ramai di Petaling Street hinggalah boleh duduk minum teh tarik di gerai minah endon di Puduraya.
Apakah dengan bersama rakyat di Petaling Street dan Puduraya rakyat di negara ini telah melupakan segala kisah silam DS Najib?
Malah gagasan Satu Malaysia oleh DS Najib sebenarnya telah ketinggalan zaman. Pas telah terlebih dahulu mengenengahkan idea Pas Untuk Semua yang semakin diterima oleh rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini. Malah 15 tahun yang lalu Presiden Pas ketika itu, Almarhum Ustaz Fadzil Nor telah mengutarakan idea 'memasyarakatkan Pas'.
Bermakna idea Satu Malaysia bukan sahaja hanya gimik tetapi juga telah ketinggalan zaman, sama dengan Pepsi Cola!
26 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jarang perubahan diri yang drastik, dalam masa yang singkat akan bertahan lama. Lambat laun dia akan kembali ke asalnya. Macam Najib dari dulu hingga sebelum jadi PM sudah terbiasa dengan penyalahgunaan kuasa, seleweng duit rakyat, rasuah, putar belit, tipu sana sini. Tengoklah siri2 skandal dia dari kes pembunuhan Altantuya, komisyen kapal selam, jet sukhoi, eurokopter, reka cipta liwat 2, rampasan kerajaan Perak. Berapa lama dia mahu menyeksa diri sendiri berlakon jadi orang lain? Mungkin sehingga PRU13 kot.
Pernah kita dengar kisah perompak yang pagi ini baru dibebaskan dari penjara, pada petangnya kena tangkap semula kerana merompak.
Post a Comment