11 April 2009

KHAIRY ADAKAN PERTEMUAN TERTUTUP DENGAN ALI RUSTAM

Semalam Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno mengadakan pertemuan tertutup dengan Datuk Seri Ali Rustam bertempat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Melaka semalam.

Apa yang menarik pertemuan itu melibatkan dua tokoh yang tersingkir dan terbuang daripada 'projek pembaharuan' yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib sama ada di dalam Umno atau dalam kerajaan.

Pertemuaan ini dikatakakan berkait rapat sebagai perancangan dan perbincangaan survival politik mereka dalam Umno. Telah wujud keyakinan di kalangan pemimpin Umno sendiri bahawa Khairy bakal berhadapan tindakan lebih tegas daripada Lembaga Disiplin Umno berdasarkan penemuaan 'bukti baru' oleh lembaga itu. Walaupun Khairy menjelaskan ia lebih kepada perbincangan untuk menentu dan melantik Ketua Pemuda Umno Negeri yang baru.

Di Melaka pula, rakyat di sini semakin mempercayaai bahawa tempoh jawatan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri agak goyah ketika ini. Menunggu masa untuk digantikan dengan Ketua Menteri yang baru. Beliau mungkin akan melepaskan jawatan sebagai ketua Menteri untuk memberi 'laluan' kepada muka baru.

Dalam pemilihan Umno yang lalu, Khairy bergabung dengan Ali Rustam bagi meneruskan legansi Pak Lah dalam Umno dan kerajaan bagi menyekat team Najib-Muhyiddin-Mukhriz. Salah seorang watak utama bagi memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tewas dalam persaingan Timbalan Presiden Umno setelah tersingkirnya Ali Rustam ialah Datuk Idris Harun, ahli Parlimen Tangga Batu bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Justeru saya tidak hairan langsung Idris Harun tidak terpilih dalam kabinet Najib.

Saya menjangkakan ada sesuatu yang bakal dilakukan oleh Najib untuk membersihkan saki baki pengaruh Pak Lah dalam Umno dan juga kerajaan. Ini penting supaya Najib memiliki kuasa dan cukup pengaruh agar semua pemimpin Umno dan kerajaan berada di bawah telunjuk beliau.

9 comments:

Anonymous said...

apa le ko ni..

diorang bincang pasal nak lantik ketua pemuda negeri yg baru le..

TK

Anonymous said...

Ye la...

Nak lantik PM yang baru la....

TQ

Zainal A. Kasim said...

Saudaraku,

Saudara masih belum menyiarkan komen saya berkaitan dengan kesilapan (fitnah) terhadap gambar bersama di antara PM dan Tun Dr. Mahathir.....

Ini menunjukkan saudara tidak mengendalikan blog ini dengan bertanggungjawab. Sebaliknya menggunakan blog ini untuk menulis mengikut rasa hati dan tidka bersedia untuk diperbetulkan. Secara tidak langsung menjatuhkan kredibiliti blog ini.

angkasanuri said...

Salam,

Untuk makluman gamabar itu dipetik dari The Star online...kalau macam tu The Star online le yang salah...sekaligus saudara mengesahkan memang akhbar perdana seperti BH, Utusan,NST dll memang tidak ada kredibiliti dan menjadi sumber fitnah. Saya juga dah melawat blog saudara dan saudara kena cermin diri adakah tulisan dalam blog saudara punya kredibiliti?

angkasanuri said...

salam saudara Zainal A Kassim,saya siarkan komen itu untuk pembaca buat penilaian. Tksh

Salam,

Jangan buat fitnah.

Gambar ini diambil di Sri Satria semasa Tun Dr. Mahathir mengunjungi Datuk Sri Najib pada hari Sabtu, 4 April 2009 kerana menyerahkan borang keahlian UMNO.

Kredibiliti blog dan bloggers perlu dijaga dengan membuat ulasan berdasarkan kepada fakta dan bukannya membuat kenyataan secara suka-suka sahaja. Kalau suka-suka maka perkara yang tidak betul ditulis. Akibatnya kredibiliti blog dan blogger akan jatuh.

Maaflah kerana menegur kerana saya membaca blog tuan walaupun berlainan hala tujuan.

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

salam Bro..angkasnuri...

saya shamsul iskandar sokong Tuan 100%...hidup angkasnuri!!

Zainal A. Kasim said...

Saudara Angkasanuri,

Terima kasih kerana menerbitkan komen saya. Saya menegur kerana nak buat pembetulan. Saya ulang 2 kali kerana saudara tidak menerbitkan catatan awal saya.

Saudara boleh memaklumkan awal-awal lagi dengan merujuk kepada kesilapan akhbar online The Star tersebut. Tak ada hal.

Saya tegur kerana yakin dengan fakta saya. Tak ada kena mengena dengan BH, NST, The Star dan sebagainya sebab saya baca semua - akhbar cetak, media elektronik, blog dan sebagainya - baik yang diterbitkan oleh Kerajaan, pembangkang atau penyokong kedua-dua belah pihak.

Sekiranya saudara memberi komen awal-awal terhadap komen saya, saya tidak akan membangkitkan soal kredibiliti. Mudah sahaja sebab kita (saya dan tuan) berhak dengan prinsip masing-masing.

Salam.

angkasanuri said...

Salam,

Zainal A. Kasim..ok,Terima kasih.Saya masukkan blog saudara dalam blogroll saya.

Zainal A. Kasim said...

Angkasanuri,

Terima kasih. Saya reciprocal. Blog saudara dalam blogrol saya juga.