13 April 2009

SAMY VELLU AKAN KEMBALI DALAM KABINET?


Sehari dua ini cukup banyak polemik tentang nasib MIC dalam kabinet ' Satu Malaysia' Dato Seri Najib. Ada pemimpin MIC mencadangkan agar keluar dari kabinet 'Satu Malaysia' kerana dalam kabinet 'Satu Malaysia' MIC seolah-olah duduk 'di pedalaman Malaysia' seolah-olah diabaikan dan kurang penting dalam gagasan baru itu.

Bagi wakil MIC dalam Kabinet, tindakan keluar dari Kabinet adalah sesuatu yang tak munasabah dan tidak masuk akal. (Memang tak masuk akal!Ingat sikit ke ? Gaji dan elaun menteri dan timbalan menteri mencecah lima angka!).

Apa-apapun mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti itu Khamis ini dijangka akan membuat keputusan sama ada kekal ataupun menuntut tambahan dalam kabinet. Malah suara-suara masyarakat India sama ada di dalam dan di luar MIC menggesa agar Samy Vellu menuntut agar MIC diberikan layanan seperti yang diperolehi oleh parti komponen lain.

Adakah Samy Vellu akan kembali dalam kabinet 'Satu Malaysia'?Agak-agaknya apakah post yang sesuai untuk beliau nanti? Rasa-sayanya tidak ada jawatan yang lebih afdal dan layak bagi Samy Vellu melainkan post 'tradisi' MIC,Kementerian Kerjaraya supaya Samy Vellu boleh kasi pusing 'Satu Malaysia'.

1 comment:

IndukYati said...

Faktor MIC sudah tidak releven kpd kaum India adalah Samy Vellu...selagi itulah,BeEnd akan goyah dan pasti terkubur...hanya memberi beban sahaja...