14 April 2009

APABILA SAMSENG MENJADI MB TERANGGANU


Politik di Terangganu memasuki episod yang semakin kalut berhubung wujud rancangan dan konspirasi di dalam Umno sendiri untuk menjatuhkan di antara satu sama lain.

Terkini tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu membuat laporan polis malam tadi setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

Adun Paka, Zakaria Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam manakala Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam.

Menurut sumber sms ugutan bunuh itu dihantar oleh

SETIAUSAHA POLITIK KANAN MB.

Sudah pasti SU Kanan MB berkenaan tidak bertindak bodoh macam tu kalau tidak mendapat restu dan arahan sesiapa.

Saya tak pelik perkara ini berlaku, masih ingat lagi gelagat samseng MB berkenaan semasa dalam sidang Dun penggal lepas? Kalau dah lupa saya siarkan kembali klip video berkenaan. Inilah padahnya apabila memilih seorang samseng sebagai pemimpin. Siapa lagi yang layak untuk menerajui Terangganu?Pihak yang sebelah lagi sanggup panggil sultan

'NATANG' @ BINATANG!


Manakala puak yang satu lagi sanggup menghantar sms ugutan bunuh sesama sendiri.Saksikalah Klip Video MB 'satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan'.
video

2 comments:

pharmacist said...

mungkin YB BN terpaksa sembah derhaka kpd Sultan T'ganu untuk melantik YB Idris Jusoh sbg MB semula. kalau susah2 YAB MB Ahmad Said bubarkan DUN, beri peluang kepada rakyat memilih yang terbaik.

LanaBulu said...

Jgn sebut pilihanraya kecil ..ada orang fobia..ok
Tak baik kalau kita sebut samseng jadi MB..sebab yg berkelayakan jd MB pun mmg lebih dari itu..dia punya kaut segala hasil mahsul kekayaan negeri...