15 April 2009

SUDAH-SUDAHLAH DENGAN JAMBATAN BENGKOK TU...


Saya dan keluarga sekarang berada di sebuah hotel yang betul-betul di tepi Tambak Johor dan bersebelahan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ). Sayup-sayup kelihatan bangunan-bangunan pencakar langit di negara jiran Singapura. Kereta masih bergerak perlahan berbaris panjang sejak awal pagi untuk memasuki negara jiran melalui pintu masuk negara yang serba canggih yang baru siap dibina menelan kos billon ringgit. Apa yang saya perhatikan tak jauh banyak bezanya berbanding kesesakan sebelum CIQ dibuka.

Apa dah jadi dengan projek bilion ringgit ini? Semalam Dewan Peniagaan Melayu Malaysia mencadangkan agar kerajaan meneruskan semula pembinaan Jambatan Bengkok yang dibatalkan pembinaannya semasa era Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Pembatalan ini merupakan salah satu punca utama kenapa Tun Dr Mahathir menyelar dan menyesali melantik Pak lah sebagai PM. Ini kerana pembinaan jambatan ini merupakan idea, gagasan dan 'perjuangan' Dr. Mahathir.

Apakah dengan terpilihnya Dato' Seri Najib sebagai PM maka pembinaan Jambatan Bengkok ini akan diteruskan? Ini tidak mustahil sebagai menghargai 'jasa dan sumbangan' Dr. Mahathir yang banyak juga membantu sehingga Najib terlantik sebagai PM.

Apa perlu lagi jambatan bengkok ini? Lebih 200 juta duit rakyat telah lebur di tengah Tambak Johor ini kepada pemaju dan kontraktor awal projek ini akibat pembatalan perjanjian projek berkenaan. Walaupun tidak ada sebatang pun tiang jambatan yang terpacang di Tambak Johor ini.

Apakah Najib akan meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok ini untuk meraih sokongan dan populariti rakyat serta untuk terus mendapat 'mandat' dan 'kepercayaan' Dr. Mahathir? Saya melihat hasrat pembinaan Jambatan Bangkok ini bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Kita nantikan saja berapa pula kos baru jambatan ini dan apa pula halangan yang bakal wujud ekoran perjanjian-perjanjian terdahulu dengan negara jiran Singapura yang tidak didedahkan oleh kerajaan yang bakal mengheret sekali lagi Malaysia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Haque Belanda setelah berputih mata terlepas Pulau Batu Putih kepada Singapura.

4 comments:

Anonymous said...

Orang bodoh saja buat jambatan bengkok.

Jarak terdekat antara poin A dan poin B adalah garisan lurus. Kalau bengkok jaraknya adalah lebih panjang. Tentunya kos buat jambatan lebih panjang lebih tinggi.Siapa yang untung??

Perlu sangatkah jambatan ini? Kalau tak ada jambatan ini rugikah kita? Kalau ianya untuk keperluan pengangkutan untuk mengekspot barangan hasil industri kita melalui pelabuhan singapura seperti dulu kala, bukankah kita dah ada pelabuhan yang hebat di tanjung pelepas dan johor port.

Tak terfikirkah oleh mereka yang inginkan jambatan ini risiko-risiko pembinaan jambatan ini? Nak cakap buat kajian dulu kan lebih baik dari mengikut emosi dan sokongan buta tuli.

Pakar kejuruteraan menyebut walaupun dibina jambatan merentasi selat tebrau kapal-kapal dgang tidak boleh juga menggunakannya kerana selat ini cetek. Kalau kita nak dalamkannya untuk laluan kapalpun, kerja-kerja mengorek perlu dilakukan setiap hari kerana akan berlaku mendapan berterusan akibat hakisan tebing dan pantai Johor dan Singapura. Berapa pula kos untuk kerja-kerja mendalamkan selat dan kerja-kerja maintenance ini?

Berapakah ketinggian jambatan ini, bahasa kejuruteraannya 'air draft' untuk laluan kapal? 24 meter kalau tak silap saya. Selat ini kecil sahaja. Kalau nak buat jambatan yang midsapnnya setinggi 24 meter dari aras laut, bayangkan kecerunan jambatan tersebut. Sebab itulah dicadangkan bengkok. tak logik lansung.

Apakah kerajaan kena belanja berbilion duit rakyat lagi untuk memuaskan hati seorang tua dan impiannya?

iR Nisarr

Anonymous said...

saya sebagai rakyat johor mahukan jambatan baru. ini adalah harapan rakyat johor. kesesakan lalu lintas dan bau busuk di selat tebrau sungguh menyedihkan kami. saya rasa projek ini sama pentingnya dengan KLIA dan Menara KL dan lebih penting dari litar sepang. jika pulau pinang boleh dapat jambatan kedua kenapa johor tidak? adakah kami penduduk johor bukan rakyat malaysia?

pembinaan CIQ adalah sebahagian daripada projek pembinaan jambatan baru bagi menggantikan tambak johor. CIQ tidak dapat berfungsi dengan sempurna akibat pembatalan pembinaan jambatan baru, CIQ dan jambatan baru adalah saling melengkapi antara satu sama lain.

bentuk jambatan yang bengkok tidak dapat dielakkan disebabkan keangkuhan kerajaan singapura. memamng benar jambatan lurus lebih logik jika nak dibandingkan jambatan bengkok tapi itulah sahaja penyelesaian bagi membolehkan air dikedua dua belah tambak dapat mengalir.

yang paling utama tambak bagi rakyat johor kini ibarat parut hodoh peninggalan british. ia lebih menguntungkan sebelah pihak sahaja, kenapa malaysia sentiasa harus mengalah dengan singapura?

bagi saya selat tebrau memang tidak sesuai bagi laluan kapal dagangan yang besar, tapi ia boleh dilalui oleh kapal layar dan kapal perlancongan. ia boleh merubah johor bahru menjadi pusat perlancongan di selatan

orang jati johor

shahpaskal said...

Masih ramai juga rakyat Malaysia yang tidak faham isu jambatan bengkok ini seperti komen anonymous yang pertama tadi.

Tebal sangat dengan sokongan kepada politik. Kalau nak komen pun janganlah menampakkan kebodohan diri sendiri

Unknown said...

pembinaan jamabatan ini ada kepentingan STRATEGIK. tapi jangan la cetekkan pemikiran utnuk kapak dagang lalu. memang kapal besar tak boleh lalu pon. tapi terfikirkah anda kapal kecik yang boleh lalu di situ? fikirkan dari segi KESELAMATAN NEGARA.

cuba bayangkan, bot polis, bot askar marine, dari barat johor dan timur johor boleh lalu. ko cerita aku, kalau dalam kedaaan sekarang, bot keselamtan negara nak pusing ikut mana kalau tambak johor tu halang? ingat singapore nak bagi ka bot kita lalu pusing?

fikirkan pula dari segi PELANCONGAN. kalau air boleh lalu, secara ekologi dan semulajadi, air dapat mengalir. bau tengkik dapat hilang. ini di akui oleh para saintis sendiri. keindahan secara semula jadi di perairan itu dapat berlaku jika air mengalir. 10-15 tahun lagi, air dah bersih, boleh ada yacct, boleh ada bot pelancong. jana duit lagi. fikirkan jugak jambatan tu nanti akan jadi mercu tanda negara. ianya ICONIC, macam petronas tower. buat duit lagi. jana ekonomi. skarang ni tambak johor tu tak ikonik langsung!

fikir secara strategik, jangan fikir jambatan ni akan hapuskan traffic jamm sebab pada pendapat aku ianya tidak akan pon selesaikan masalah lalu lintas. itu adalah tugas CIQ! berapa cepat dan efisiend dapat selesaikan masalah.

kalau boleh bina jambatan lurus, memang molek sangat, tetapi negotiation dah pon di buat oleh chedet dulu. bukan tak pernah. dan singapore rejek! chedet senang aja, lu tamau bina jamabtan penuh, gua boleh buat jambatan di sempadan aku! sebenarnya pak lah yang bodoh kerana CIQ dah buat, piling dah buat, tapi dia batalkan dengan alasan dangkal!

oleh itu, bina sahaja jambatan bengkok!