22 April 2009

SPR BERMAIN SILAP MATA KEKOSONGAN KERUSI DUN PENANTI?


Ada yang tak kena apabila SPR terus melewat-lewatkan tentang kekosongan kerusi Dun Penanti. Apa lagi yang SPR tunggu dan hendak siasat setelah kerusi itu diistiharkan kosong oleh Speaker Dun Pulau Pinang.

Perkara ini diumumkan sebentar tadi oleh Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan membuat pengumuman itu pada sidang media yang akan diadakan pada Isnin ini, jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini.

“SPR yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan kekosongan kerusi N.12 Penanti, Pulau Pinang.

“Berkaitan dengan perkara tersebut, sidang media oleh pengerusinya yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini, telah ditunda kepada Isnin depan (27 April 2009) di Ibu Pejabat SPR di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adakah SPR mendapat arahan baru daripada pihak tertentu? Mungkinkah ada 'kejutan' yang tidak mengejutkan yang bakal diumumkan oleh SPR pada hari Isnin depan?

Satu Malaysia dah tahu SPR kini seolah-olah menjadi alat kepada Umno@BN. Segala tindak tanduk SPR akhir-akhir ini seperti SPR sebagai komponen BN. Ini semua rentetan daripada kekalahan Umno@BN dalam empat siri Pilihanraya Kecil. Apabila bekas Adun Penanti mengumumkan meletak jawatan, maka Dato Seri Najib menyifatkan ia sebagai helah Pakatan Rakyat. Maka lepas itu para juak-juak dalam Umno menggesa agar Umno memulaukan pilihanraya tersebut.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa Umno@BN begitu trauma untuk berhadapan dengan kebangkitan dan suara rakyat. Maka pelbagai alasan diberi untuk memastikan pilihanraya kecil ini dapat dielakkan. Kita tunggu apa 'silap mata' SPR kali ini pada Isnin depan.

3 comments:

aku said...

aku tak setuju ngan ayat ni "Satu Malaysia dah tahu SPR kini seolah-olah menjadi alat kepada Umno@BN." Yg sepatutnya, SPR ni memang lembu tua Umno@BN yg bodoh terlampau!!!(dah menopaus pun). kes pengundi hantu, undi pos dan mcm2 yg salah buat pejam mata jea kerana matlamat menghalalkan cara!!! salah satu ciri munafik ialah bila diberi amanah, ia khianat!!!!!

angkasanuri said...

Salam aku 8.09 pm... terima kasih kerana sudi komen dalam blog ini. Mungkin tuan dapat yang gunakan bahasa yang lebih sopan untuk akan datang. terima kasih.

toytian said...

Kita doa yang baik-baik untuk SPR samada dipihak teranaiya atau sebaliknya.Tanamkan rasa takut dan gerun dalam hati & jiwa mike kpd TUHAN.
Utk renungan petikan dari bacaan Tazkirah JANGAN:
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam...