Hari ini berlangsung majlis Perasmian Surau dan Balairaya Taman Angkasa Nuri. Program ini di bawah Japerun Durian Tunggal dan JKKK Gangsa (Umno le tu..) .Tuan rumah hanya menyediakan tempat dan yang lain-lainnya dikendalikan oleh Japerun dan JKKK.
Pelbagai acara disusun di antaranya pertandingan azan, mewarna kanak-kanak tadika, memasak ikan sungai, pameran dan pemeriksaan kesihatan. Acara pada mulanya berjalan elok dicemari dengan program berunsur judi. Pihak penganjur telah membuat pertandingan meneka berat buku dan jumlah muka surat. Nak teka tak salah, yang jadi salah apabila bayaran dikenakan sebanyak 50 sen untuk sekali teka. Judi le tu, sama macam sport toto dan 4 nombor ekor, cuma hadiahnya berbentuk hamper.
Saya difahamkan perkara itu pernah ditegur dalam mesyurat, tetapi memang dah perangai Umno tak kira bab halal dan haram. Perasmian surau pun diadakan majlis unsur judi.
Apa yang lebih memualkan saya, program perasmian surau ini telah digunakan untuk kempen borang pendaftaran ahli Umno. Siapa yang memperalatkan surau dan masjid? Orang Umno tolong jawab? Tak percaya datanglah sekarang di majlis itu yang sedang berlangsung...
18 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Biasa lah tu, depa semua mana tahu halal haram. Asalkan duit boleh masuk poket semua boleh. Berpolitik dalam masjid/surau hanya tak boleh bagi pembangkang, depa boleh. Malaysia boleh..
KAU ORANG NI BUTA HATI....NIAT KALAU NAK KUTIP DERMA KENA LA ADA PENGISIAN...APAKAH DENGAN HANYA meneka berat buku dan jumlah muka surat DIKATAKAN JUDI
saudara kamal, kita bercakap perlu bersandarkan hukum bukan lagik akal. walaupun tujuannya nak bina masjid tetapi ada unsur judi hukumnya tetap haram. hukum fekah menyebut kaedah tidak boleh menghalalkan cara. sila rujuk kitab dan ustaz. Boleh tanya juga Menteri Di JPM yang baru Major Jeneral (B) Jamil Khir Baharum.
nampak sangat depa semua kurang ilmu. tapi saya tak salahkan depa sangat sebab media masa (rtm, utusan dll) tidak memainkan peranan yang sebenar. masjid/surau pun disekat atau ditutup jadi masyarakat tidak mendapat ilmu islam yang lengkap. marilah kita menimba ilmu tanpa mengira parti..
kamal
Rujuk le kitab Fiqh berkaitan judi jangan terserlah kejahilan kita, niat tidak boleh menghalalkan cara. Niat nak bantu orang miskin pergi rompak bank, boleh ke ?. Nak teka jumlah tekalah, yang haram sebab ada unsur judi (pertaruhan).
Agak-agaknya, boleh tak kita bubuh satu tabung derma masjid atau surau kat Genting Highlands. Dengaq cerita depa yang dok pi sana semua banyak duit. Boleh kut depa bagi sekupang dua untuk masjid dan surau.
woi kamal pencacai umno.....ko yg buta hati tapi nak ditujukan kat org....mmglah niat nk kutip derma tapi kalau ad unsur2 judi tetap haram lah bangang...tulah...blaja x tinggi nk kate org bute hati....aku rase mmg cm ni agknye mentaliti pencacai2 umno cm ko....
Post a Comment