Selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan membatalkan keputusan Speaker Perak, Menteri besar Kudeta, Datuk Zamry Abdul Kadir bercadang untuk mendapat perkenan Sultan Perak pada 9 atau 10 Mei ini. Menurut Zamry sidang Dun Perak perlu diadakan sebelum 13 Mei ini menurut Pelembagaan Negeri Perak.( Dun mesti bersidang dalam tempoh 6 bulan)
Zamry mungkin terlupa atau buat-buat terlupa kuasa untuk memanggil sidang Dun adalah hak mutlak speaker Dun. Dalam hal ini sidang Dun adalah tidak perlu kerana Dun Perak baru sahaja bersidang ' di bawah pokok' pada 3 March lalu. Sidang tersebut menurut pakar Pelembagaan Negara Profesor Dr. Aziz Bari adalah sah di sudut pelembagaan. Jika keputusan speaker dianggap tidak sah, bagaimana pula keputusan jawatankuasa Hak dan kebebasan Dun Perak? Bagaimana pula dengan keputusan Sidang Dun tergempar 3 March lalu yang mengesahkan keputusan speaker, V. Sivakumar dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan?
Siapa yang akan jadi Speaker Dun jika V.Sivakumar tetap dengan pendirian untuk tidak mempengerusikan Dun Perak? Umno@BN Perak akan lantik pengerusi JKKK untuk ganti Speaker Dun?
Walaupun mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan hari ini, ia tetap tidak mampu untuk merungkai kemelut politik dan krisis pelembagaan di Perak.Lagipun ada beberapa kes yang sedang dibicarakan di mahkamah yang belum ada sebarang keputusan.Masalah ini akan terus berpanjangan kecuali kembali dengan mendapat mandat baru dari rakyat melalui pembubaran Dun Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
sendiri tanya sendiri dah jawab..
Jika keputusan speaker dianggap tidak sah, bagaimana pula keputusan jawatankuasa Hak dan kebebasan Dun Perak? Bagaimana pula dengan keputusan Sidang Dun tergempar 3 March lalu yang mengesahkan keputusan speaker, V. Sivakumar dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan?
tak sahlah semuanya, kerana menyekat hak adun-adun yang sah untuk menghadiri persidangan dewan dengan cara yang tidak sah, namapun persidangan bawah pokok.
Siapa yang akan jadi Speaker Dun jika V.Sivakumar tetap dengan pendirian untuk tidak mempengerusikan Dun Perak? timbalan speaker kan ada, Hee ke namanya
Tersengeh..
Keputusan mahkamah telah dirancang oleh pihak tertentu untuk memastikan umno@Bn tidak berhadapan pilihanraya kecil. V. sivakumar hidup lagi, sihat waalafiat apa perlu naib speaker ganti lagipun hee telah dipecat, ingat tu...
Tersengeh..
Keputusan mahkamah telah dirancang oleh pihak tertentu untuk memastikan umno@Bn tidak berhadapan pilihanraya kecil. V. sivakumar hidup lagi, sihat waalafiat apa perlu naib speaker ganti lagipun hee telah dipecat, ingat tu...
bila pulak Hee kena pecat?
Hee tidak pernah dipecat. SIva keling karam tu yang kata dia bukan lagi ADUN, dan ini telah dinafikan oleh mahkamah. Mahkamah dah bagi keputusan ketiga-tiga orang tu masih sah Adun. HEE masih SAH Adun, dan masih SAH Timbalan Speaker. hee hee hee hee
Siapa pulak nak kena pecat kali ini?
NAMPAK SANGAT ORANG UMNO MACAM TERSENGEH TU TAK CERDIK.SIAPA YANG LANTIK TIMBALAN SPEAKER? MACAM PM BOLEH PECAT TPM. MACAM TU LE KUASA SPEAKER.DALAM UMNO S/U DUN MENGALAHKAN KUASA SPEAKER. ADA ORANG KENA PECAT BOLEH JALAN TUGAS? LAIN LE KALAU DALAM UMNO DAH KENA PECAT DAN TINDAKAN DISIPLIN LAKUKAN JENAYAH PUN BOLEH JADI KETUA MENTERI. MEMANG PERANGAI UMNO SUKA LANGGAR UNDANG-UNDANG.
Post a Comment