13 May 2009

KONFLIK DI PERAK SENGAJA DIRANCANG?

Melihat senario yang berlaku di Perak, saya merasakan bahawa apa yang berlaku di Perak adalah sesuatu yang sengaja dirancang untuk mewujudkan suasana tidak stabil agar rakyat melupakan isu lain yang berlaku di dalam negara.

Hari ini rakyat seolah-olah lupa dengan isu Altantuya, rakyat 'selesa' dengan krisis ekonomi yang berlaku dalam negara serta rakyat tidak lagi membicarakn konflik hebat yang sedang berlaku dalam Umno sebelum ini.

Saya berharap pihak Pakatan Rakyat tidak terperangkap dengan strategi dan provakasi yang cuba dilakukan oleh Umno@BN dalam kemelut yang berlaku. Sehingga hari ini saya melihat ada kematangan cara dan gaya pemimpin Pakatan Rakyat menangani isu ini cuma ada seorang dua pimpinan yang kadangkala mengeluarkan kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat seolah-olah Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang.

Pernah tak kita terfikir apabila keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengiktiraf Dato seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Zambry Abdul Kadir hanya menunjukkan reaksi selamba seolah-olah seperti dapat jaminan dan menduga apa yang berlaku pada hari yang berikutnya?

Saya juga yakin selagi DUN tidak dibubarkan lebih banyak adegan dan drama yang memualkan akan berlaku di Perak. Pakatan Rakyat mungkin boleh memikirkan formula lain bagaimana untuk terus meraih sokongan rakyat Perak dan ' membuka hati' Istana Perak untuk membubarkan DUN Perak. Selain siri ceramah dan penerangan serta usaha untuk mengadap DYMM Sultan Perak secara berterusan dan proses perundangan di mahkamah, kempen tanda tangan mungkin boleh digunakan sebagai satu usaha untuk membuktikan sokongan rakyat Perak terhadap pembubaran DUN.

2 comments:

Anonymous said...

salam angkasanuri...

Jika umno/bn menganggap PRK akan membazirkan duit rakyat,jadi apa kata jika rakyat menderma bagi menanggung kos untuk menyelengarakan PRK negeri perak....

dah bosan sikap umno/bn

angkasanuri said...

Salam anonymous 10.27... saya rasa rasa sanggup keluar duit menderma untuk biaya pilihanraya negeri perak daripada melihat drama dan sandiwara Umno@BN yang membosankan di Perak