10 June 2009

BERBAIK SANGKA KEPADA PIMPINAN.


Saya ingin bertanya kepada mana-mana pimpinan atau ahli dalam Pas adakah yang sanggup berkata Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nashrudin Mat Isa ingin membinasa dan merosakkan Pas dalam isu kerajaan perpaduan? Adakah kita juga berani berkata bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi Pas ini mengkhinati amanah jemaah dan mencabuli perjanjian dengan rakan dari Pakatan Rakyat?

Saya yakin ahli dan penyokong Pas yang ditarbiyyah tidak akan tergamak mengeluarkan ungkapan begitu. Tetapi itulah gambaran dan kesimpulan yang dapat saya katakan apabila membaca komen dan tulisan yang tidak sepatutnya dari segelintir mereka yang mendakwa memperjuangkan Islam dan mendokong perjuangan Pas.Mereka menulis dan bercakap senada dan seirama seperti pihak musuh atau menjadi jurucakap kepada Umno@BN.

Dalam hal ini saya tertarik dengan ulasan Naib Presiden Pas yang baru, Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan isu ini agar kita lebih jelas dan tidak mengelabah tak tentu pasal.

"PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat."

"Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya.

"Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya," kata Ustaz Tuan Ibrahim dalam blog peribadinya.

"Kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

"Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan Harakah sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam Harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh,"

3 comments:

anak sedara TGNA said...

Memang TGHH dan TGNA tidak akan membinasakan PAS dgn sebab isu kerajaan perpaduan itu...
tapi, salah satu faktor (rujuk buku Gelombang Biru, Rakyat Terengganu Tolak Parti Islam oleh Wan Nik Wan Yusoff-bekas Ahli Parlimen PAS Bachok) adalah sikap 'keras' TGHH..

Perlu ingat juga 1 perkara...kedua-dua orang tok guru tu bukannya maksum...

Juga beringatlah,
Apabila Allah takdirkan UMNO akan tersungkur, biarkan ia tersungkur kerana itu juga impian kita..usah cepat dihulur tangan..nanti jadi bagaikan melepas anjing yg tersepit..bila ia bebas, kaki kita yg menolongnya akan digigit jua...

Anonymous said...

Bersiap sedialah ustaz, Aku yakin mesti kena pukulan maut dari puaka2 yg gilakan kekuasan, gila nak berkuasa yg bakal menjelang selepas PRU13 nanti kononnya! AllahuAkbar!

raibachiba said...

kepada anak sedara TGNA;

mana sdr tahu Allah telah atau takdirkan UMNO tersungkur...mana sdr tahu kalau dengan UG Allah akan hapuskan UMNO?

Sila baca harakah keluaran 21 Apr...salah satu tujuan UG adalah untuk membersihkan parti..sbb itu Abdullah Badawi tak setuju utuk laknasa UG..kalau UMNO dah bersih dari mereka yg rasuah serta tidak bermoral tak mungkinkah mereka akan menerima Islam dlm pemerintahan..TGNA kata kalau UMNO laksana Islam, PAS pun akan dibubarkan...tak mungkinkah Allah menakdirkan demikian???