09 June 2009

WUJUDKAN PERPADUAN UNTUK TUMBANGKAN UMNO@BN...

Isu kerajaan perpaduan saya kira tamat dan tidak perlu diperbesar dan diheboh-hebohkan lagi. Biarlah media Umno@BN meneruskan kerja mereka untuk melaga-lagakan Pas dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan pimpinan tertinggi Pas hari ini saya rasa cukup jelas tentang isu yang cuba digembar-gemburkan oleh media Umno@BN. Usahlah kita termasuk dalam golongan keliru, terkeliru atau buat-buat keliru dalam isu yang sengaja diperbesarkan ini oleh Umno@BN yang mempunyai agenda jahat untuk menghancurkan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Saya pun tak faham kenapa masih ada pimpinan dan perwakilan yang berada di dalam Muktamar di Stadium Malawati masih lagi keliru atau terus membangkitkan isu kerajaan perpaduan dengan pelbagai versi yang berbeza. Adakah mereka tertidur atau bersembang semasa pimpinan tertinggi menyampaikan amanatnya?Sepatutnya pimpinan dan perwakilan apabila pulang dari muktamar dapat memberi penjelasan kepada ahli di peringkat bawahan dan bukan mengeruhkan keadaan.

Adakah menjadi kesalahan dengan mengadakan perbincangan dengan pihak musuh? Walhal satu ketika dulu mereka jugalah sibuk-sibuk mencabar dan mengajak Umno bermuzakarah.

Mungkin cara berbeza tetapi matlamat tetap sama iaitu untuk memastikan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang.

Justeru itu sekali lagi saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong Pas khasnya dan Pakatan Rakyat amnya agar berwaspada dan tidak terperangkap strategi pihak musuh serta anasir yang tidak sihat yang wujud dari dalam untuk memfokuskan kepada matlamat untuk menumbangkan Umno@BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai dan Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

3 comments:

kembara putih said...

Yang menjadi masalahnya bila Nasharuddin menang saja terus beliau petik perkataan Kerajaan Perpaduan. Beliau pun tahu penyokong bawahan sangat marah dengan perkataan tu. Mesti mereka teringat peristiwa perjumpaan secara sembunyi2 tu, bila ianya terbongkar, tak mengaku pula. Saya pun hairan, kalau setakat nak jumpa berbincang dengan UMNO kenapalah TGHH dan Nasha gunakan slogan Kerajaan Perpaduan, takde perkataan lain ke nak guna. Gunalah slogan Perjumpaan Demi Rakyat ke.

al amin 9106 said...

takkan dengan perkataan KERAJAAN PERPADUAN pun nak marah..itulah perkataan yanG paling baik untuk menyatakan bahawa ISLAM adalah agama yang menyatukan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa mahupun pemikiran.

kembara putih said...

Bukan sekadar marah. Slogan ni telah dimanipulasi oleh puak UMNO berhari-hari, dan apakah sdr al amin 9106 boleh beri jaminan pengundi PAS terutamanya pengundi baru dan non-muslim tidak tawar hati untuk mengundi PAS lagi? Tambahan pula penjelasan dr TGHH penuh absurb dan caca-marba.