20 June 2009
HISHAMUDIN TERLUPA DOAKAN UNTUK UMNO DI MANEK URAI?
Dato Hishamudin Tun Hussin, Naib Presiden Umno semalam berdoa agar Pas tidak berpecah berkaitan isu kerajaan Perpaduan. Terima kasih banyak-banyak sebab ambil berat dan prihatin kepada Pas. Insyaallah isu kerajaan Perpaduan tidak akan menyebabkan orang Pas keluar dari Pas, tubuh parti baru atau jauh sekali nak menyertai Umno yang sudah hilang taring yang hanya tinggal gigi susu!
Dalam sibuk-sibuk Hishamudin mendoakan perpaduan dalam Pas, Hishamudin lupa untuk doakan partinya sendiri yang berpecah dan semakin mereput. Terbaru di Manek Urai,Umno di sana berhadapaan dengan konflik dalam menghadapi pilihanraya berkenaan. Perpecahan dalam Umno di sana semakin ketara di antara kumpulan yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah.
Menurut sumber, penyokong Datuk Wan Zaid masih lagi menyimpan dendam berikutan kekalahan kepada Datuk Ramzi dalam pemilihan lalu. Dalam keadaan sekarang mana-mana calon yang dipilih daripada dua kumpulan berkenaan akan menyebabkan perpecahan dalaman Umno semakin meruncing. Persoalanya siapa calon yang boleh memuaskan hati kedua-dua pihak? Mungkin dalam keadaan begini mungkin Umno Kelantan akan mencadangkan calon berkecuali atau calon import untuk meredakan rasa tidak puas hati dan permusuhan. Dalam hal ini saya melihat pencalonan Datuk Ibrahim Ali mungkin opsyen yang ada. Tetapi dengan mengimport calon luar ia merupakan sesuatu penghinaan kepada Umno yang terdiri daripada anak tempatan khususnya di Manek Urai.
Maka kesimpulannya siapa pun yang dicalonkan sebagai calon Umno di Manek Urai akan menyebabkan Umno di Manek Urai akan berpecah ke tahap lebih kronik lagi. Jadi eloklah Hishamudin membanyakkan doa untuk Umno di Manek Urai, di Kelantan dan untuk Umno seluruh Malaysia supaya dipanjangkan umur sekurang-kurangnya menjadi pembangkang yang kuat dalam pilihanraya umum akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Saya sangat setuju supaya dipanjangkan tali hayatnya(Amno)untuk mengisi kerusi saf pembakang untuk menjawab soalan berkaitan dosa-dosa yang telah mereka dan sekutunya lakuan terhadap seluruh rakyat Malaysia yang tercinta.Pas tu sumbatkan mereka satu persatu ke dalam penjara.
Kalau Hishamudin nak sangat Kerajaan Perpaduan.
Keluar UMNO, masuk PAS.
Jangan jadi Boneka PAS dalam UMNO.
hehe
Assalamualaikum tuan sebol...
Bayangkan kalau boneka umno banyak dalam pas, boneka pas banyak dalam umno, boneka mca dalam Dap dan boneka dap dalam mca, boneka Mic dalam Hindraf dan boneka Hindraf dalam Mic Meriah politik Malaysia.....
kalau dah hisham tu dok doakan pas still tak berpecah .. tinggalkan jawatan naib pesiden UMNO tu masuk PAS jer .. jangan dok jadi pupet monster jer
Salam Kulat lapuk, ini email saya angkasanuri2788@hotmail.com
Post a Comment