06 June 2009

HUSAM MENANG JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN?


Maklumat terkini daripada beberapa sumber berita yang tidak disahkan sehingga awal pagi tadi memberitahu bahawa Datuk Paduka Husam Musa menang jawatan Timbalan Presiden Pas dengan majoriti undi yang tipis.Sementara itu, menurut sumber itu lagi tiga calon pilihan iaitu Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar memenangi jawatan Naib presiden.

Saya tidak tahu bagaimana maklumat ini boleh bocor. Jika maklumat ini benar menunjukkan bahawa ada mereka yang terlibat dengan jawatankuasa pemilihan muktamar ini tidak amanah kepada jemaah sehingga maklumat dan rahsia jemaah boleh diketahui oleh pihak luar.Saya rasa ini satu trend dan perkembangan yang kurang sihat yang berlaku dalam PAS.Jawatan dalam PAS bukan sesuatu yang direbut-rebut atau berlaku unsur lobi melobi untuk dibangga-banggakan. Jawatan dalam PAS adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Siapa pun yang terpilih yang bakal diumumkan pagi ini ia merupakan suara dan kehendak akar umbi dan pimpinan di semua peringkat kepada jemaah. Lupakan istilah golongan Erdogan atau ulama yang menjadi mainan media luar. Adakah kita hendak mengatakan bahawa pengasas yang juga mantan Presiden PAS Allahyarham Dr Burhanudin Helmy juga termasuk golongan Erdogan?

Bagi saya siapa pun layak sama ada menjadi presiden, timbalan, naib dan jawatan-jawatan lain dalam PAS asalkan ia cukup syarat seperti yang ditetapkan dalam Islam. Malah tidak mustahil pada masa akan datang Ketua Dewan Ulama Pas merupakan seorang doktor atau jurutera yang hafal Al Quran dan arif dalam ilmu hadis serta cabang ilmu Islam yang lain.

Saya berharap tidak ada yang merasa menang atau kalah dalam keputusan pemilihan pada hari ini. Setiap yang bertanding saya yakini mereka sebenarnya memenuhi hasrat dan amanah ahli di peringkat bawahan. Masing-masing ingin menyumbang untuk kepentingan ummah. Tidak timbul soal berehat, undur kebelakang atau merajuk jika tewas dalam kamus pejuang PAS yang sebenar. Jika sifat ini ada dalam diri mereka yang mendakwa pejuang dalam PAS maka saya menyarankan agar mereka menyertai parti lain seperti PPP atau MIC.

Kepada mereka yang berjaya, selamat memikul amanahdan tanggungjawab ... Kepada yang tidak terpilih...Teruskan perjuangan...

2 comments:

al amin 9106 said...

kenapa jadi begini? nampak sgt penyakit UMNO makin menular ke dalam parti islam pas...klau benar ada berlakunya kebocoran maklumat, orang terlibat bermuhasabah diri kerana dalam pas bukan untuk tempat orang seperti dia...TAKBIR! HIDUP ISLAM

al amin 9106 said...

Ust Nasharuddin kekal sebagai timbalan naib Presiden