Isu PPSMI masih lagi belum selesai. Walaupun dikritik hebat oleh hampir semua tokoh bahasa kerajaan masih berdolak dalik tentang pelaksanaan PPSMI. Kononnya nak buat kajian dulu. Maklumlah dah lebih RM 5 billion duit rakyat lebur. Hari ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan mendapat pandangan orang ramai sebelum cadangan menjadikan subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus dalam SPM. Pulak dah….
Tun Dr. Mahathir yang bertanggungjawab pelaksanaan PPSMI awal-awal lagi menyatakan persetujuannya. Sama seperti PPSMI, jika Bahasa Inggeris menjadi subjek lulus yang menjadi mangsa adalah orang Melayu yang masih lagi ketinggalan dalam penguasaan subjek berkenaan. Kenapa kerajaan begitu kemaruk sangat dengan bahasa Inggeris ini ?Walhal bahasa kebangsaan yang termaktub dalam pelembagaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar terus dipinggirkan. Mencadangkan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus ketika isu PPSMI masih belum selesai menunjukkan kerajaan tidak peka dengan suara pelbagai pihak agar kerajaan memberi perhatian dan mendaulatkan bahasa kebangsaan. Adakah negara maju seperti Jepun, Jerman, Peranchis, Korea Selatan dan kini gergasi baru ekonomi China maju dan membangun disebabkan bahasa Inggeris?
Kepada pihak Kementerian Pelajaran selesaikan dahulu kemelut kekurangan guru bahasa Inggeris di sekolah terutama di luar Bandar dan pedalaman. Bagaimana Muhyiddin boleh terfikir untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus sedangkan masih banyak lagi kelemahan dari segi prasarana dan kekurangan guru subjek bahasa Inggeris di sekolah hari ini terdiri daripada guru yang bukan opsyen subjek berkenaan? Ini menyebabkan ada guru bahasa Inggeris yang mengajar subjek bahasa berkenaan dalam bahasa Melayu atau bahasa rojak+pasembur.
LCD dan laptop yang dibekalkan oleh kerajaan kepada guru bahasa Inggeris, guru PPSMI subjek Sains dan Matematik lebih banyak berfungsi bila ada pemantauan sahaja. Selebihnya digunakan untuk kegunaan peribadi atau urusan lain tidak berkaitan dan lebih malang lagi hanya terperap di dalam stor dan almari di sekolah. Malah banyak peralatan seperti laptop dan LCD yang tidak dapat digunakan kerana rosak dan tidak diselenggara dengan baik. Ini kerana peralatan yang dibekalkan walaupun mahal tetapi berkualiti rendah.Saya menulis berdasarkan realiti pengalaman isteri saya sendiri yang menjadi Ketua Bidang Sains dan Matematik di sebuah sekolah yang pernah mendapat anugerah sekolah cemerlang peringkat kebangsaan dan salah sebuah sekolah kluster di negara ini.
Saya melihat cadangan terbaru ini akan membawa implikasi besar kepada penduduk di luar bandar dan pedalaman. Bayangkan jika ramai yang tidak mendapat sijil SPM akibat tidak lulus dalam subjek Bahasa Inggeris secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah lebih ramai mereka yang tercicir dalam pelajaran.Begitu juga, gagal SPM bermakna peluang melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya ke tingkatan enam juga tertutup. Kecuali di kolej-kolej swasta untuk golongan yang berada. Nak jadi operator kilang yang gaji empat lima ratus pun tetapkan syarat lulus SPM maklumlah hari ini graduan pun berebut-rebut nak kerja kilang kerana kegagalan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan. Bayangkan kalau yang tak lulus SPM, pengangguran meningkat, bila pengangguran meningkat masalah sosial seperti samseng jalanan (dulu mat rempit), lepak, pecah rumah dan salah guna dadah juga akan meningkat. Adakah ini semua yang kita inginkan?
1 comment:
info tambahan..
1) Komputer laptop yg disediakan bukan semua dapat.. Kena kongsi².. Kalau dalam list barang, wallahualam le berapa sekolah patut dapat. Tapi, kenyataannya di sekolah, kemudahan yang kononnya disediakan itu - TAK MENCUKUPI@SELARAS DI DALAM RANCANGAN PELAKSANAANNYA.. Dimana barangnya? Siapa suppliernya?
2) Teaching aid tak sampai². Kenapa ambil masa terlalu lama untuk mengkaji? Sebab dah berbilion bagi kepada supplier tapi barang xnampak pun. Skarang nih maybe dok pulun paksa balik supplier hantar barang, kalau x camana nak tulih report nanti. Nampak sangat gagal sebab pelaksanaan korup...!
Post a Comment