22 July 2009

DEMO BESAR-BESARAN SOKONG POLIS DAN SPRM

Umno Bahagian Ampang hari ini berjaya menganjurkan demontrasi besar-besaran menyokong pasukan polis dan SPRM. Demontrasi tersebut diketuai oleh Datuk Ismail Kijo dan turut disertai komponen dalam Barisan Nasional bahagian berkenaan. Pelbagai sepanduk dinaikkan menyatakan sokongan kepada dua-dua badan berkenaan. Demontrasi ini dipercayai berkait rapat dengan imej SPRM dan polis yang tercemar berikutan kematian Teoh Beng Hock. Menurut Malaysiakini perhimpunan tersebut telah berjaya menghimpunkan kira-kira 60 orang peserta demontrasi.....
Apa komen Khairy Jamaludin yang panggil 'beruk' kepada peserta demontrasi BERSIH sebelum ini? Adakah ekonomi negara terjejas dengan demontrasi Umno ini? Adakah pelancongan negara juga terjejas dengan demontrasi ini? Berapa ramai pelabur yang lari dari negara dengan demontrasi ini?

4 comments:

Anonymous said...

mungkin kalau ada yang baring di atas jalan baru di panggil beruk ber demo....

Pak Lubis said...

Nape dia orang demo polis tak ambil kisah...?

kembara putih said...

Demo mempertahankan sayap parti UMNO, tanpa SPRM dan polis maka berkuburlah UMNO. Mereka rasa dah tak boleh bergantung sangat pada dubur Saiful, nampak macam akan kalah. DS Anwar lepas tengok CCTV tu pun ketawa je, nampak sangat kes tu rekaan semata-mata.

Yang duit RM500,000 sorang Adun zaman Khir Toyo tu rasanya diorang ni la antara yang perabihkan dalam masa 2 bulan tu.

Hasbullah Pit said...

Apa kaitan kematian Beng Hock dengan UMNO?