26 July 2009

GILIRAN CHUA SOI LEK KELUAR DARI MCA?


Perpecahan yang berlaku dalam MCA dilihat semakin kronik apabila Datuk Ong Tee Keat berpatah arang dengan timbalannya Datuk Chua Soi Lek. Isu ini bermula dari pemilihan MCA lalu dan terus berlarutan apabila Ong Tee Keat menggunakan kuasanya sebagai presiden dengan membuka kembali kes 'VCD Terlampau" Chua Soi Lek di peringkat jawatankuasa disiplin parti.

Sehingga hari ini masing-masing saling tuduh menuduh dengan dakwaan cuba menjatuhkan di antara satu sama lain. Saya yakin Chua Soi Lek tidak mampu bertahan lama dalam MCA dan tidak mustahil beliau kemungkinan akan mengumumkan keluar dari parti. Tetapi parti mana yang sanggup terima Chua Soi Lek? Sekiranya Chua Soi Lek ingin menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat saya harap jangan sekadar fikir dua tiga kali tetapi kena fikir 1001 kali! Biarlah Chua Soi Lek menubuhkan parti baru atau pun menjadi parti bebas.

2 comments:

Unknown said...

Tepat sekali saranan tuan.

IndukYati said...

Perpecahan selepas berbeza pendapat...sudah menjadi resmi yg biasa sekarang ini..diharap Chua Soi Lek akan dapat memilih jalan yg terbaik demi perjuangan beliau..