Seorang pengarah unit di Jabatan Ketua Menteri dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, petang ini atas tuduhan mengemukakan tuduhan palsu sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dua tahun lalu.
Johari Yusof, Pengarah Rumahku Syurgaku didakwa mengemukakan satu invois bernombor 0054 atas nama AR Karisma Enterprise, yang beliau mempunyai kepentingan dan mengandungi butiran matan palsu pada 8 Mei 2007
Invois berkenaan adalah untuk kerja penyediaan pakej persembahan dan peralatan teknikal Malam Sinar Maulidurrasul pada 1 April 2007 sempena Ekspo Perdagangan Islam 1428H di pekarangan Masjid Al-Azim di Bukit Palah, dekat sini.
Rumahku SyurgaKu adalah satu unit di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka yang bertanggungjawab melaksanakan program berbentuk keagamaan dan kekeluargaan di negeri ini.
Apa nak pelik kalau pegawai di bawah Ketua Menteri Melaka dituduh rasuah. Bapa borek anak rintik. Siapa yang tak kenal Ketua Menteri Melaka? Satu-satunya Ketua Menteri dalam dunia yang terang-terang didapati rasuah tetapi masih lagi disanjung dan dikekalkan sebagai Ketua Menteri. Mungkin inilah salah satu rukun 1Malaysia: Rasuah didahulukan, perasuah diutamakan...
30 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ituhari bilal Masji Al Azim kena tangkap dandigantung kerja...nie pengarah Rumahku Syurgaku...JAIM dan MAIM memang banyak keslah..Pusat Zakat pun banyak kes penyelewengan.Sila korek sampai dapat.
Pengarah di Unit Jabatan Ketua Menteri Melaka didakwa kemuka tuntutan palsu
MELAKA: Seorang pengarah di unit Jabatan Ketua Menteri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM10,000 dua tahun lepas.
Johari Yusof, 35, seorang pengarah di unit Rumah Ku Syurga Ku, pada 8 Mei 2007 didakwa telah mengemukakan satu invois no.0054 atas nama AR Karisma Enterprise, yang beliau mempunyai kepentingan dan mengandungi butiran palsu.
Invois itu untuk satu kerja penyediaan pakej persembahan dan peralatan teknikal Malam Sinar Maulidurrasul pada 1 April 2007 sempena Ekspo Perdagangan Islam 1428H di perkarangan masjid alAzim di Bukit Palah di sini.
Johari didakwa menyerahkan invois itu kepada penolong akauntan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rosnita Ramli antara jam 8 pagi hingga 5 petang di bahagian kewangan, untuk tujuan mengelirukan prinsipal atas pembekalan yang tidak dibuat.
Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan 2 Sept untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.
Pendakwaan dilakukan oleh Mohtar Sani dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala Johari tidak diwakili peguam. BERNAMA
innocent until proven guilty.. terms ni digunakan dalam sistem perundangan Islam. harap jangan terus buat kesimpulan sehingga kes selesai..
Beb...kala innocent buat apa nak tutup2 mukakat mahkamah.Carilah lawyer yang pandai putar belit supaya dapat lepas...
Post a Comment