12 July 2009

PRK MANEK URAI :DUIT RAKYAT JADI MACAM DUIT UMNO


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiidin Yassin hari ini dalam ucapan di Manek Urai berjanji bahawa kerajaan akan membina jambatan baru di Manek Urai bernilai antara RM 7 juta hingga RM 7 juta. Tetapi beliau meletakkan syarat penggundi Manek Urai mesti memberi kemenangan kepada calon BN dari Umno pilihanraya kecil berkenaan.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Nampaknya pemimpin Umno tidak pernah belajar daripada pengajaran yang diberi oleh rakyat dalam pilihanraya umum lalu. Mereka masih menganggap rakyat boleh digula-gulakan hanya mengikut sahaja seperti kerbau dicucuk hidung.

Kenyataan Muhyiddin mencerminkan seolah-olah duit rakyat, duit pembayar cukai adalah duit Umno. Mereka boleh guna untuk pancing undi. Pemimpin Umno tidak dapat bezakan antara duit milik negara dengan duit milik Umno. Ternyata Umno masih tidak dapat memisahkan daripada pendekataan lama menawarkan projek pembangunan kepada rakyat. Adakah dalam dunia ini hanya Umno sahaja yang boleh tawarkan pembangunan boleh memajukan negara? Adakah negara maju seperti Jepun, Amerika, Peranchis dan Jerman maju kerana Umno memerintah di sana?

Selain itu, janji politik Muhyiddin ini menunjukkan Umno masih mengamalkan politik diskriminasi. Membangunkan sesuatu kawasan secara berpilih. Slogan 1Malaysia yang kononnya rakyat diutamakan semakin terserlah hanya retorik dan omong kosong.

Saya yakin majoriti rakyat Manek Urai khasnya dan negara amnya sudah semakin meluat dengan pendekatan lama Umno ini. Semoga pemimpin Umno mengekalkan gaya kepimpinan seperti ini supaya lebih cepat riwayat mereka ditamatkan dalam pilihanraya umum akan datang.

8 comments:

Anonymous said...

alah ko..yang dia amik balak sampai lincin duit sekupang pun dia xbg kat rakyat tu apa citer pulak..istihar 400juta masuk kerajaan negeri baki puluh2 juta ko tak nak ler pulak bising..mmg sah ler ko rabun dekat kuman kat seberang ko nampak tp bapak gajah depan mata ko xnampak..elok ler tu reramai ler jd bloger penipu...

angkasanuri said...

salam, anonymous 1.12 pm? ada bukti? Sila kemukakan...Jangan jadi macam pemimpin Umno yang lain ikut sedap mulut je...Sebab tu le bila ajak debat takut beri macam-macam alasan. Masih nak duduk dalam Umno lagi? Terima kasih sekali lagi kerana begitu berminat dengan blog ni sejak akhir2 ni.

Anonymous said...

camana kalu janji masuk syurga....ok ke?

angkasanuri said...

Siapa yang ikut perintah Allah dan tinggal apa yang dilarang Allah janji syurga. Tuan Guru Nik Aziz tak sebut pun tak apa..Allah dah sebut lama dalam Al Quran...Kalau tak pernah hadir kuliah tafsir cari je lah terjemahan Al Quran banyak sungguh ayat yang menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang beriman. Kalau dah tolak undang2 Islam, hina sunnah nabi, biarkan maksiat berluasa, terlibat dengan rasuah dan skandal, biarkan isteri mendedahkan aurat... Agak2 syurga mana yang layak untuk mereka?

Anonymous said...

ana secara peribadi setuju kalau pas dapat memerintah dan mempertahankan Islam dan Undang2 nya. Tapi ana tidak suka kalau DAP yang memerintah...walaupun dia kata dia ikut khalifah...yang pasti kafir tetap masuk neraka....betul ke angkasanuri? Ana juga risau kalau DAP yang memerintah PAS.

angkasanuri said...

Anonymous 11.13 am macam ana kenal je kat anta. Macam selalu pernah berjumpa. Tapi di mana ye....

Anonymous said...

jumpa memang selalu..kat blog ente ler

Amin Baek said...

salam..ye..aku skong pas jika pas dpt memerintah dgn sendiri tanpa di'tunggang'i pihak DAP..aku merasakan DAP yg menjadi batu penghalang..karpal singh sndri terang terangan menolak negara Islam..so,apa yg PASakn wt ble da jd kerajaan ye??

hurm..aku tbaca satu blog lain,janji sebuah jambatan,dikira sbg rasuah..klu anwar janjiknharga petrol semakin murah jika membtk kerajaan,adakah ia sjenis rasuah gak..ataupn anda consider ia sbg manifesto??

ye kawan,memg btol..byk janji2 Allah menawarkn syurga pada yg beriman..sperti firman Allah dlm Al Imran :15..ni satu cth la..status iman tu kita pn xtau..jgn la mempersoalkn kelayakan syurga bg mereka..anta boleh refer hadis arbain,hadis keenam..even org jahat mana skali pn,then dia buat kebaikn,jika Allah izinkn,tetap dbri pluang sbg ahli syurga.anta mst da sdia maklum kn.myb da hafal hadis ni..bgs2

bhubung kata tolak undang2 Islam tu,aku tak bpe sure..rasa xde pn pihak menolak..jika org menolak PAS,adkah kita dkira sbg menolak undang2 Islam??

Rasuah tu memg silap mereka..mereka sbg Islam sharusnya muhasabah diri mereka balik..dan memperbetulkn tindakan mereka..

Isteri bertudung or tak..tidak menggmbrkn keimanan seseorg ..memg benar At Tahrim:6 menyebut jagalah diri dan keluarga kamu....tp hidayah tu milik Allah..Allah berhak memberi hidayah kpd sesiapa pn..itu urusan dia dgn Allah

Maksiat berleluasa ini masalah umat kwan..ni la peranan kita sbg khalifah di muka bumi ni..spt hadis ke 34 tu..janganlah kita asyik memperdebatkn,parti ni,maksiat berleluasa,parti ni,bgs xde maksiat..tp apa yg da kita buat utk mencegah maksiat??memg btol,byk kejadian maksiat di Malaysia..tp jgn lupa,di Kelantan 'negeri serambi mekah' sendiri byk kejadian maksiat,trutama di kalangan muda mudi..xtau la kn klu ada pihak menyembunyikn fakta atas kpentingn tertentu,nta baca mastika??byk pendedahan dlm tu,hatta menyamakn aktiviti maksiat di klantan,sama teruk dgn tmpt lain..jadi ,berhenti2 la menyalahkn pihak lain,dan sama2 bangkit menegakkan Islam..

Akh,kita ni di akhir zaman akh..byk fitnah bertaburan di akhir zaman ni..jd,jgn la kita menerima bult2 berita yg samapai..periksa dulu ye..allah berfirman dlm Al Hujjurat:6..

Insyaallah sdikit sbg penkongsian..salah silap harap dbtolkn dan dimaafkn..wallahuallam