24 July 2009

ZAMBRY KENA PUKULAN TKO DARI TOK GURU NIK AZIZ

Sehari dua ini Menteri Besar Mahkamah, Datuk Zambry Abdul Kadir menunjukkan kehebatannya dalam soal agama dengan meminta fatwa dari Dewan Ulama Pas tentang isu Menteri Besar Rakyat, Datuk Seri Ir Nizar Hj. Jamaludin memegang lilin berkaitan kematian Teoh Beng Hock. Sejak bila Umno berpegang dengan 'fatwa' Dewan Ulama Pas? Adakah ini satu pengiktirafan kepada Dewan Ulama Pas? Bersediakah Umno dengan 'fatwa' Pas sebelum ini bahawa Umno parti sekular, agama suku politik suku? Bersediakah Umno untuk gazetkan 'fatwa' Pas bahawa Umno menolak dan menghina Islam? Menentang hukum Islam dan bersubahabat dan bertanggungjawab luluskan lesen judi arak serta tempat maksiat di negara ini? Jawapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat terhadap permintaan Zambry ternyata ibarat senjata makan tuan.

"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini semalam.

Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Nizar memegang lilin ketika hadir pada satu majlis di Perak Jumaat lepas.

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim hari ini menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.

Menurutnya gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.

"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.

"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.

"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.

Menurutnya Rasulullah saw menghantar surat pada raja-raja Mesir, Iran dan India menggunakan ayat al-Quran. Saya juga teringin nak minta fatwa dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria apa hukumnya tiup lilin sempena sambutan Hari lahir seperti di bawah ni.



Apa pula komen 'ulama-ulama' di Majlis Agama Islam Melaka yang menganjurkan pertandingan 'panjut' atau pelita peringkat negeri Melaka sempena sambutan '7 likur' tahun lepas?

Bagaimana pula dengan gambar ini?

7 comments:

Anonymous said...

Aduh...
Tembak 1,4 kena balik!
hahaha....

Garasi said...

Ni la akibatnya kalau bangang nak tunjuk pandai.....

cicitHJHASSANu said...

fatwa tok guru ameno=komunis=sesat zambry ikut ke?
baik balik pangkor tengok kedaifan org melayu,cina & india lg afdal..
sekurang2nya hati yg gelap tu akan bertambah cerah..kulit?

Anonymous said...

kalau dah bergaduh antara parti tu ibarat macam org kawin yang dah bercerai...kalau ditanya janda atau duda ttg pasangan mereka...takde yang cite baik...semuanya buruk jer...walaupun semasa ada ikatan semuanya wangi jer....ermmmmmmmm ituler politik namanya.

Anonymous said...

Apa sudah jadi dengan lilin?

Kerana politik, segala-galanya dibolehkan apabila kita sendiri melakukannya? Kalau orang lain yang buat (bukan PAS) ianya tak boleh?

Ingatlah Sabda Rasulullah:


"Tinggalkanlah perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu"
Sementara itu Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusof Husain berkata "Tindakan mereka yang antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian"

C-bOk harap pemimpin-pemimpin politik jangan terlalu taksub mempertahankan ideologi politik sehingga terlupa dengan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan akidah mereka sendiri.

Anonymous said...

Saya nak mendengar fatwa DR Mohamad Yusof Hussin apa hukum Zaih Hamidi berbincang dengan Ehud Barak yang membunuh Umat Islam di Palestin dan dilaknat oleh Allah dalam Al Quran.Begitu juga hukum seorang perempuan seperti isteri PM yang tidak menutup aurat. Kalau nak bercakap bab Islam pastikan kita dapatkan dari ulama muktabar bukan dari Ulama 'terompah kayu'. Sila baca buku Dr Yusof Qardhawi kalau tak nak dengar apa yang dikatakan pimpinan Pas.

Anonymous said...

tq kerana minat komen banyak::::
itu ler saya kata politik...bercakap atas kepentingan parti masing2....ada benda ikut agama...ada benda tak nak ikut.....itu ler manusia.