15 August 2009

JJ BUAT LAWAK...


Umum mengetahui Datuk Dr. Jamaludin Jarjis(JJ) telah dilantik sebagai duta Ke Amerika Syarikat. Maka wujud desakan daripada pelbagai pihak agar beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Rompin kerana pelantikan ini akan menghadkan masa beliau bersama rakyat di Parlimen Rompin.

Misalnya dalah edisi Siasah yang lalu sahabat saya, Saudara Fadzly Mohd. Ramly seorang peguam muda di Rompin menyatakan bahawa JJ perlu meletakkan jawatan demi kepentingan rakyat di parlimen yang diwakili.

Semalam dalam satu majlis JJ berkata itu tak ada masalah....

Katanya pelantikan beliau itu tidak bermakna beliau akan mengabaikan kebajikan pengundi di Rompin dan boleh mendengar dan menyelesaikan masalah mereka melalui Internet.

"Insya-Allah saya tidak akan abaikan pengundi...dan mewujudkan laman web sendiri untuk berhubung dengan mereka di sini,"

Inilah lawak alaf baru dari JJ kepada orang Rompin. Nak tanya JJ berapa kerat orang Rompin yang ada kemudahan internet di rumah? Macam mana dengan orang asli seperti di Kedaik, Bukit Serok dan Denai? Mereka pun guna yahoo massengger, skype dan live hotmail juga ke untuk berinteraksi dengan wakil rakyat mereka yang akan duduk berbelas ribu kilometer?

Kemudahan broadband dan streamyx di Rompin memang amat mengecewakan. Tanyalah kepada orang Rompin.Setiap kali saya ke Rompin, broadband yang dibawa memang menyakitkan hati. Itu digunakan sekitar kawasan Pekan Kuala Rompin bayangkan kalau digunakan di ceruk kampung dan pedalaman di Rompin?

Wakil rakyat kena dekat dengan rakyat. Walau pun dia ada wakil atau pembantu yang dilantik itu tak sama. Soal kenduri kendara, sakit pening, kematian serta susah senang, wakil rakyat kena ambil tahu. Tugas duta ini kerja sibuk sama taraf dengan jawatan menteri. Kerja tak tentu masa dan tak kira hari. Jadi cara yang terbaik, lepaskanlah jawatan tu...ramai lagi yang layak.

2 comments:

mr edz said...

memang lawak la mp aku ni.. nasib baik aku tak undi dia ni.. tak payah tanya orang lain tanya mak bapak aku kat kampung.. mana reti guna pc. apalah nasib dapat MP senget.

Anonymous said...

apa2 pun jj memeang sesuai di hantar jauh ke negara barat. biar dia gosok punggung anak mat salleh kt sana pulak.