16 August 2009

SAMPAI BILA NURI NAK TERBANG?


Setiap kali keluar berita tentang helikopter Nuri pasti tak ada cerita lain. Sama ada terhempas, hilang dari radar ataupun terpaksa mendarat cemas. Cuma hari ini agak istimewa kerana cerita helikopter Nuri membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pastinya tak dapat melupakan apabila helikopter Nuri yang dinaiki untuk merasmikan satu mesyuarat Umno bahagian di Sabah terpaksa mendarat cemas di Tuaran.

Bagi Muhyiddin mungkin ini pengalaman pertama beliau merasai saat cemas menggunakan helikopter Nuri. Tetapi bagi anggota tentera negara khususnya kapten pesawat mungkin detik-detik cemas seperti itu sudah acap kali mereka lalui. Mujur tidak ada sesuatu yang buruk berlaku. Jika tidak mungkin satu lagi sejarah hitam terpalit membabitkan helikopter Nuri yang telah digunakan sejak tahun 1970-an lagi. Tak dapat nak dibayangkan bagaimana helikopter yang telah berpuluh tahun digunakan masih lagi menjadi aset 'berharga' kerajaan. Jika nak dijual ke negara mundur sekalipun mereka akan fikir beratus kali sebelum membuat keputusan membeli helikopter Nuri ini.

Saya yakin jika tidak kerana kontroversi cadangan pembelian Eurocopter tempohari, Muhyiddin tidak perlu melalui mimpi ngeri merasai pengalaman menaiki pesawat yang pernah digelar 'keranda terbang' ini. Jika kerajaan masih lagi bercadang meneruskan penggunaan helikopter ini saya cadangkan ia hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya serta menteri-menteri yang ada. Biarlah mereka gunakan untuk merasmikan mesyuarat Umno sini sana. Bagi operasi ketenteraan, logistik atau operasi mencari dan menyelamat gunakanlah pesawat lain.

Agak malang anggota tentera perajurit negara terkorban sia-sia kerana disebabkan pesawat yang telah layak disimpan di Muzium Negara. Jika tidak pun boleh dihadiahkan kepada kerajaan Melaka untuk menambah koleksi Muzium yang ada.Ajal maut memang ketentuan Allah SWT tetapi pepatah Melayu ada berkata 'maut jangan dicari'. Sudah tiba masanya kerajaan menukar helikopter antik ini sebelum satu lagi musibah melanda negara.

4 comments:

muraisenja said...

selagi nuri tu tak terbangkan nyawa bapak2 menteri UBN selagi tu lah dia dok terbang bebas di angkasaraya agaknya.... tapi jgn dok gatai dok pusing area angkasanuri dah ler.... gayat gak ooooo hehehehehe.....

Anonymous said...

Jangan risau sebenar nya helikopter NURI tu tak de masalah. Dia patut terus di gunakan beberapa tahun lagi untuk mengelakan berlaku nya rasuah yang melibatkan orang kerajaan macam masa nak beli Eurokopter dulu dan yang di diamkan olih kerajaan.
Semua orang dalam TUDM tahu siapa yang terlibat tapi apa kan daya kami tak berkuasa sebab Panglima Tentera Udara yang kaki minum arak lagi berkuasa.
Yang penting penyelanggaraan pesawat mesti ditekankan disamping latihan kepakaran juruterbang di pertingkatkan. Jangan nak bagi AIROD untung sahaja dan menjadi sponsor setiap kali Panglima Tentera Udara keluar negara dan nak main golf dan minum arak serta dapat ufti tiap tiap bulan.
Dan TPM pun jangan lah salah guna harta rakyat nak rasmi mesyuarat UMNO !!! itu kerja tak betul.

kijang59 said...

Tuhan nak tunjuk jangan sesuka hati guna harta kerajaan untuk kepentingan politik. Kalau nak guna tuk berpolitik, gunalah jet peribadi. Helikopter tu milik kerajaan. Bila milik kerajaan, tidak boleh sesuka hati untuk kegunaan parti. Yang mahyuddin guna tu tuk parti. Nasib bek mendarat cemas, kalo meletup aku tak tau. Muhasabah lah sikit.

Anonymous said...

Penyelewengan secara terang lagi nyata apabila Muhyiddin menggunakan kemudahan kerajaan untuk membuat kerja parti. Merasmikan mesyuarat Umno bermakna kerja parti Umno. Mengapa menggunakan status Timbalan Perdana Menteri untuk secara sewenang-wenangnya menjadikan helikopter Nuri kerajaan sebagai kenderaan ketika menjalankan kerja parti. Berapakah perbelanjaan minyak dan penyelenggaraan helikopter tersebut yang terpaksa ditanggung kerajaan (baca: rakyat) untuk Muhyiddin merasmikan mesyuarat umno?

SPRM mungkin tidak berminat dengan kes sebegini kerana jumlah perbelanjaan penggunaan helikopter itu termasuklah minyaknya begitu besar untuk satu-satu perjalanan. SPRM lebih berminat kepada kes-kes ahli politik pembangkang yang berjumlah sekitar RM2400 sepertimana kes Teoh Beng Hock.

Sampai bila rakyat Malaysia hendak dibuai lena tentang penyelewengan UBN mempergunakan harta negara sesuka hati mereka.

Sekali lagi saya nak katakan, kerajaan dan parti adalah dua entiti yang berbeza.

Dan, Allah telah menegur perbuatannya itu dengan kejadian cuaca buruk melanda penerbangan helikopter itu.